CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 3 Januari 2012

Jejaka terhangat Malaysia Tahun 2011

SIAPA jejaka pilihan Malaysia 2011?
Lelaki mana paling bergaya? 
Siapa pula jejaka yang mencipta fenomena bagi 2011? 



1. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) - Penjaga gol kebangsaan




Mendahului yang lain, penjaga gol kebanggaan, Khairul Fahmi Che Mat. Lebih dikenali sebagai Apek, bintang bola sepak ini nyata memberi impak tersendiri sepanjang tahun ini.

Selaku ketua pasukan Harimau Muda dan mewakili skuad bola sepak Kelantan, Apek mencipta kelompok peminat yang ramai hinggakan kisah peribadi dan kehidupan hariannya ingin dikongsi pemuja. Faktor ketangkasannya sebagai penjaga gawang No 1 negara selain status bujang idaman menjadi antara faktor dirinya menjadi perhatian umum. 



Profil


Nama: Khairul Fahmi Che Mat
Umur: 22 tahun
Tarikh lahir: 7 Januari 1989
Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan
Status: Bujang

2. Shaheizy Sam - Pelakon popular




Pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam menduduki tangga kedua senarai Jejaka Terhangat 2011. Siapa tidak kenal Shaheizy - pelakon muda berbakat besar malah mengetepikan aktor lain dalam industri hiburan sejak tahun lalu.

Karektor dirinya - baik di dalam atau di luar set penggambaran cukup disenangi peminat dan media. Jadi, tidak hairanlah, Shaheizy kurang dipalit kontroversi terutama yang bersangkut paut dalam soal percintaan dan gosip liar. Namanya terus kukuh, malah dikatakan mampu melariskan filem.

Profil

Nama: Shaheizy Sam Abd Samad
Umur: 29 tahun
Tarikh lahir: 4 September 1982
Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor
Status: Bujang

3. Harimau Muda - pasukan bola sepak negara 




Tangga ketiga dalam senarai ini menjadi milik pasukan Harimau Muda. Siapa tidak kenal pasukan ini yang mencipta kejayaan gemilang menewaskan pasukan Indonesia sekaligus memperoleh pingat emas pada Sukan Sea ke-26 yang lalu.

Kemenangan cukup bergaya menewaskan pasukan tuan rumah dianggap mampu menutup mulut pengkritik yang sebelum itu menganggap beberapa kemenangan yang diraih adalah sekadar kebetulan. Kejayaan Skuad Harimau mencetus fenomena dalam dunia bola sepak tempatan selain membuktikan kemampuan sebenar anak muda tempatan yang dibimbing jurulatih berkaliber, Ong Kim Swee.

Selain menampilkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol utama, ramai lagi bintang muda yang menjadi tunggak kejayaan pasukan Harimau Muda seperti Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zack Haikal Wan Noor.

Profil

Nama: Harimau Muda @ skuad bola sepak bawah 23 tahun negara

4. Anuar Zain - penyanyi




Siapa tidak kenal lelaki ini? Menduduki tangga keempat, Anuar Zain terus melakar sejarah dalam kariernya tahun ini. Pada usia melepasi angka 40 tahun, penyanyi yang popular menerusi lagu Sedetik Lebih ini masih lagi memiliki aura sebagai penghibur hebat.

Kejayaan Anuar Zain mengungguli tiga trofi utama di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-18 menerusi Lagu Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki termasuk trofi ‘kontroversi’ Lagu Terbaik menerusi lagu Sedetik Lebih menyaksikan dirinya masih lagi unggul.

Status bujang serta penampilan kacaknya menyukarkan penyanyi lelaki lain memberi saingan, lebih-lebih lagi Anuar sering tampil dengan album berkualiti selain tahap disiplin yang terpuji.

Profil

Nama: Anuar Zain
Umur: 41 tahun
Tarikh lahir: 15 Februari 1970
Tempat lahir: Merlimau, Melaka
Status: Bujang

5. Aaron Aziz - pelakon




Teater Badai Semalam hinggalah filem Ombak Rindu, tidak ada siapa yang dapat menolak kejayaan empunya nama, Aaron Aziz. Status suami orang bukan penghalang untuk pelakon kelahiran Singapura ini mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem Malaysia yang disegani.

Sama ada watak antagonis hinggalah kepada jejaka romantis, pelbagai karektor dijiwai Aaron dengan berkesan sekaligus memperlihatkan kebolehan dirinya mengisi setiap plot dan watak. 


Profil

Nama: Aaron Mustapha Aziz @ Aaron Aziz
Umur: 35 tahun
Tarikh lahir: 23 Februari 1976
Tempat lahir: Tampines, Singapura

9 ulasan:

  1. wah! entry yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
  2. ensem sungguh apex n aaron aziz.. :)

    BalasPadam
  3. emmet..tq so much, tapi masih banyak yg perlu dibaiki

    nurul..hehehe apek bujang lagi boleh lah kenen2

    BalasPadam
  4. Harimau Muda - pasukan bola sepak negara TERBAIK

    BalasPadam
  5. no seterusnya.. mungkin kah pemilik muazfaris.com?

    BalasPadam
  6. hehehehe...ok jugak tuh kan upprofits

    bundlebook...yah terbaik tapi sekarang dah kurang menyengat nampaknya harimau melaya..kuku dah tumpul ker..???? hehehe

    Muazfaris..boleh jugak kalo ramai peminat.

    BalasPadam
  7. Saya memang respek betul c Khairul Fahmi Che Mat ni time main menentang indonesia dulu... Memang layak di panggil hero masa tu...

    Impian 1Malaysia terletak pada diA selaku benteng terakhir dari serangan pemain indonesia di hadapan puluhan ribuan penyokong fanatik indonesia... :)

    http://kedaiebooksmalaysia.blogspot.com/

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!