CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 31 Januari 2012

Jom Pandu Uji VOLKSWAGEN PASSAT

Di Malaysia jenama Volkswagen memang gah dari dulu lagi dari. Ini kerana ianya telah membuat model yang menjadi sebutan ramai sebagai kereta katak (Volkswagen Beetle).

kereta katak @Volkswagen Beetle
DAHULU kereta jenama Volkswagen dikategorikan dalam kelas yang sesuai dengan namanya sebagai kenderaan rakyat biasa.


Logo Volkswagen
Ia mencerminkan produk dengan menawarkan harga berpatutan, teknologi sederhana dan penjagaan yang mudah. 


Seiring peredaran masa, Volkswagen kini mengubah strategi pemasarannya untuk menghasilkan kenderaan yang lebih premium dengan meningkatkan prestasi enjin dan rekaan dinamik.

Tidak hairanlah, jenama Volkswagen mendapat perhatian masyarakat sehingga menjadi popular di seluruh dunia selepas keluaran beberapa model terbarunya.



Fenomena itu turut melanda negara ini apabila Volkswagen bersaing rapat dengan pengeluar automotif lain untuk menyajikan pelbagai model bagi kategori sedan, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan sport utiliti (SUV).


Bersandarkan pandangan itu, model sedan, Volkswagen Passat adalah satu contoh produk terbaik untuk mengisi kekosongan dalam kategori kenderaan segmen D.
Volkswagen Passat
Volkswagen Passat yang hadir di negara ini adalah generasi ke-7 selepas ia dilancarkan kali pertama pada 1973 yang mencatatkan jualan memberangsangkan dengan menerapkan gaya tersendiri.

Model yang diperkenalkan hujung tahun lalu itu tampil elegan dari setiap aspek fizikal serta spesifikasinya selain dilengkapi ciri eksekutif.

Enjin bersesaran 1.8 liter TSI dengan tambahan pengecas turbo menawarkan prestasi mantap apabila menghamburkan kuasa maksimum 160 PS.

Ternyata khabar angin mengatakan kebanyakan model Volkswagen yang dipadankan enjin TSI dengan transmisi DSG tujuh kelajuan automatik adalah benar-benar membantu prestasinya.

Kombinasi enjin dan transmisi dengan teknologi canggih ini juga memberi tahap penggunaan bahan api ekonomi dengan purata tujuh liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Jentera ini juga dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 220 kilometer sejam (km/j) dan hanya mencatat 8.5 saat hanya memecut 100 km/j.

Pengendalian tidak sedikitpun menghampakan penulis kerana tindak balas sterengnya memberi ketepatan di selekoh terutama pemanduan secara agresif.

Suspensi yang sedikit lembut mampu menyerap hentakan pelbagai permukaan jalan, sekali gus memberi keselesaan sepanjang perjalanan untuk pemandu dan penumpangnya.

Sebaik menjengah ruang kabinnya, ia tampak eksklusif dan mewah dengan kombinasi material kulit Vienna yang membaluti semua kerusinya.

Selain itu, ia juga dilengkapi beberapa teknologi terkini seperti sistem audio dan kedudukan kerusi yang boleh diubah menggunakan butang elektronik.

Bagi menjamin keselesaan penumpang belakang, jentera ini dilengkapi laluan penyaman udara dan dipadankan dua tempat meletak air.

Model ini juga tidak mengabaikan keselamatannya apabila dianugerahkan lima bintang Euro NCAP dan didatangkan dengan enam beg udara, Kawalan Tork Enjin Seretan (EDTC) serta Kawalan Kestabilan Elektronik (ESP).



SPESIFIKASI:


VOLKSWAGEN PASSAT

ENJIN: 1.8 liter TSI
KUASA MAKSIMUM: 160 PS antara 5,000 hingga 6,200 rpm.
TORK MAKSIMUM: 250Nm antara 1,500 hingga 4,200 rpm 
TRANSMISI: Tujuh kelajuan DSG
CIRI-CIRI KESELAMATAN: Enam beg udara, EDTC, ABS dengan bantuan brek dan ESP
HARGA: RM184,888


3 ulasan:

  1. We are a group of volunteers and opening a new
    scheme in our community. Your site provided us with valuable information to work on.
    You've done an impressive job and our entire community will be thankful to you.

    Also visit my site cheap air max 2013
    Also see my site - nike air max 2013

    BalasPadam
  2. Hi there to every one, because I am genuinely keen of reading this blog's post to be updated regularly. It carries good information.

    Here is my web-site; louboutin men

    BalasPadam
  3. whoah this weblog is great i like reading your articles.
    Keep up the great work! You already know, many individuals are looking round for this info, you could help them greatly.


    My blog post :: コーチバッグ

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!