CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 27 Januari 2012

Hati-Hati | Saman RM 500 Dari Majlis Daerah

Oh...Melaka...Daerah Jasin

Hari itu pada 23/01/2012 aku pergi MELAKA bukan bertujuan nak makan angin tapi nak pergi tengok rumah aku yang aku beli tak duduk-duduk dari dia siap sampai lah sekarang ni. Tujuan pergi sana ingatkan nak pergi mengemas rumah sana bila time cuti panjang nie. Tapi apa yang aku dapat..... 

Aku dapat surat saman dari Majlis Daerah Jasin....Bengang siot.

Surat Kompaun dari Majlis Daerah Jasin
Apa pasal lah kena saman ini......aku tengok pun hangin lah...sebab kena denda RM500.00 tuh...bukan sikit.
Nak tahu aku kena saman kenapa...sebab dia kata aku.........aku.......aku.....



Aku didapati bersalah mengikut akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) iaitu membiarkan hadapan rumah dipenuhi semak samun menyebabkan kacau gangu dan kekotoran. 

Aduh kecewanya aku....dah lah kena bayar ansuran rumah, cukai tanah lagi nie kena saman lagi...pening kepala den.
.....RUMAH AKU.....
Mana ada semak pun rumah aku.....aku cuma membuat ladang jerk untuk mencari duit tambahan....hehehehe.

Apa-apa pun dengan semangat yang berkobar-kobar aku mengajak mak dan pakcik dan makcik aku kita membuat program gotong royong membersihkan segala semak samun.  

Pakcik aku tengah menebas.
Dengan sabit yang tajam.
Dan pada 9 pagi 24/01/2012 kami pun bertolak ke rumah aku...dan dengan semangat yang saling bantu membantu mak,pakcik dan makcik aku sunguh bersemangat dan tekun dalam kerja-kerja menebas yang beliau lakukan...bini aku dengan anakku Danisha sibuk menyapu kat dalam rumah.


Anak aku tengok rumah dah lapang dari semak.
Akhirnya kerja-kerja menebas telah siap dilakukan...dan aku juga merancang untuk menurap lapisan simen pada kawasan yang menyebabkan semak dan kos tersebut berjumlah RM 600.00 kerja-kerja tersebut akan dilakukan oleh pakcik aku, sebab dia seorang tukang rumah yang terhandal di Daerah Muar...

sesiapa nak renovation rumah ke...nak buat tambahan rumah ke atau nak membuat rumah boleh lah menghubungi pakcik aku @ nama glamournya adalah
En. Sukur 012-6434237

hehehe...siap aku promote lagi pakcik aku. Kerja tangan dia memang bagus dan kemas. Sebab aku tengok dia buat rumah adik aku. Kira puas hati lah. 

Aku juga bercadang nak menyewakan rumah aku ni...selepas kerja-kerja memasang simen dan grill siap. Selepas itu aku akan memasang lampu,  kipas serta memohon pemasangan api dan air setelah itu  boleh lah aku sewakan pada orang.....

10 ulasan:

  1. huhuhu..siap letak akta n sebab kesalahan..x leh nak buat ape la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm...nak kena wat rayuan lah nampaknya...syaz

      Padam
  2. Ko bela lembu jer sekor dok ragut ladang ko tuh

    BalasPadam
  3. kali pertama dengar kena denda sebab rumah semak. pendapat aku beri amaran dulu pun cukup

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia bagi amaran dalam masa 7hari. tapi bagi kat alamat rumah aku yg semak tuh...mcm ner aku nak tahu. kan

      Padam
  4. Baru nak cakap awat tk sewa , tp baca bawah sekali dah ada taip nak disewakan hehehe .. sewa je lah bazir rumah tu kosong kan ..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!