Assalammualaikum.....
Saya inigin berkongsi sedikit maklumat mengenai KEBAKARAN, Kebakaran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kita sering dikejutkan dengan berita-berita sedih mengenai kematian akibat kebakaran..... tidak kira di rumah, di kereta dan di tempat kerja.
Kes Kematian akibat kebakaran sentiasa meningkat setiap tahun
Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta terbakar di negara ini meningkat setiap tahun.
Kereta terbakar. |
“Untuk rekod, pada tahun 2008 terdapat 2,101 kes melibatkan kebakaran kereta di seluruh negara berbanding 2,052 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2006 pula sebanyak 1,811 kes dicatatkan.Jika melihat kepada bilangan kes, ia meningkat setiap tahun.
Punca utama kebakaran kereta disebabkan oleh kemalangan iaitu pelanggaran kereta dengan kereta atau jentera berat lain. Selain itu, kebocoran minyak petrol juga menjadi punca. Menasihatkan setiap pemilik kereta persendirian supaya menyimpan alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan.
“Bukan mahal, beli alat pemadam api jenis natrium hidrogen karbonat/amonium sulfat seberat tiga kilogram pada harga antara RM60 hingga RM80.
“Situasi mungkin panik tetapi sekiranya kita bertindak pantas ia dapat menyelamatkan jiwa dan juga harta seseorang,”
Itu kebakaran pada kenderaan...
jika di rumah apa pesediaan kita...di pejabat boleh lah semua telah dilengkapkan dengan alat-alat keselamatan kebakaran seperti alat pemadam api, alat pengesan kebakaran dan hose reel.
Sepatutnya kita mestilah menyediakan alat pencegah kebakaran di rumah dengan meletakan alat pemadam api dan pengesan kebakaran di rumah juga bagi memastikan kita dapat mengesan dan memadam kebakaran dari awal..jika tidak kita mungkin akan kehilangan harta benda dan lebih teruk lagi jika kita kehilangan nyawa orang yang tersayang.
Terdapat banyak jenis dijual dipasaran dan ianya mudah didapati seperti di TESCO, GIANT dan pembekal-pembekal barangan keselamatan.
Contoh kebakaran di rumah yang menyebabkan kehilangan nyawa ibu kepada 3 orang anak.....
Jeritan sayu ibu sebelum rentung
KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.
Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.
Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.
Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.
Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.
Suami Rafidah, Zamri Ahmad, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah semasa kejadian kerana bertugas menghantar bekalan makanan di Perak. Rafidah pula bekerja di Hospital Kuala Krai di sini.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa memberitahu, dia terkilan kerana hanya sempat mendengar teriakan sayu anaknya meminta tolong tanpa dapat membantu.
Katanya, dia cuba berjalan laju tetapi gagal ekoran masalah kesihatan yang dialaminya dan dalam keadaan termengah-mengah dan semput, dia gagahkan juga ke rumah anaknya.
"Ketika saya sampai, saya lihat api sudah marak dan jeritan anak saya sudah tiada lagi. Namun, tiga cucu saya dapat diselamatkan.
"Memang sedih apabila mengenangkan keadaan itu apatah lagi teriakan sayu Rafidah masih terngiang-ngiang di telinga saya," ceritanya sambil menangis semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdullah Mohamed, 58, pula berkata, daripada cerita jiran yang didengarinya, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu manakala pintu jeriji berkenaan berkunci.
"Api itu datang dari arah dapur dan terus menyambar ruang tamu. Rafidah yang panik gagal mencari kunci menyebabkan dia memecahkan cermin dan membengkok besi tingkap untuk mengeluarkan anak-anaknya," ceritanya yang tidak mengetahui bagaimana mangsa membengkokkan besi tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Abdul Rahman memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 20 minit kemudian namun gagal menyelamatkan mangsa kerana api marak.
Selepas memadamkan api dan memotong besi jeriji, pasukannya menemui mayat Rafidah dalam keadaan rentung lebih 50 peratus dekat pintu tersebut.
"Pada tingkap itu terdapat kesan dipecah manakala besinya pula telah dibengkokkan dipercayai dilakukan oleh mangsa untuk mengeluarkan anak-anaknya," katanya yang memberitahu pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan punca kejadian. -kosmo

SUMBER : KIJANG59
Jika kita menyediakan alat pencegah kebakaran perkara ini tidak akan berlaku kepada kita sekeluarga.
ALAT PEMADAM API |
ALAT PENGESAN ASAP |
NOMBOR TALIAN KECEMASAN |
Jgn ngko amik yg kat tmpt keje plak..nnti pening si zura kira2 xcukup..
BalasPadamhehehe...aku dah beli lah....
BalasPadam