CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 11 November 2011

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011

 LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE EXHIBITION 

6 - 10 DECEMBER 2011 | LANGKAWI, MALAYSIA


Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 dari 6 hingga 10 Disember ini merupakan yang terbesar sejak pameran dwitahunan itu diperkenalkan pada 1991.

Sebanyak 403 syarikat pempamer dari 35 buah negara menyertai pameran kali ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi lalu.



Kehadiran pesawat dari luar negara pada LIMA 2011 pula meningkat lebih dua kali ganda berbanding penganjuran dua tahun lalu dari 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah dari 10 kepada 12 buah kapal.

LIMA yang memasuki edisi ke-11 tahun ini mengekalkan lokasi sama iaitu segmen udara di MIEC dan demonstrasi statik air di Awana Porto Malai di sini.

Lebih 80,000 pengunjung perdagangan dan awam dijangka menghadiri LIMA 2011 yang akan menjana pulangan pelancongan melebihi RM150 juta di samping pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman (MoU) yang besar.

Pameran di MIEC dibuka kepada tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan dari 6 hingga 8 Disember manakala bagi pengunjung awam, pameran akan dibuka pada 9 dan 10 Disember dengan caj masuk sebanyak RM10.

Pameran statik, demonstrasi kapal dan bot di Awana Porto Malai dibuka kepada semua pelawat sepanjang LIMA 2011 berlangsung.

Antara pesawat yang bakal dipamerkan ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale dan pesawat TUDM Sukhoi SU-30 sementara di bahagian maritim pula termasuk kapal pemusnah USS Curtis Wilbur dari Amerika Syarikat serta ROKS Gang GamChan dari Korea.

1 ulasan:

  1. LIMA...Tunjuk Product Orang?

    Memang BANGANG...kah kah kah

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!