CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 4 Oktober 2011

Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) | 560 Unit Rumah Boleh Dimohon

Fasa pertama program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah dibuka untuk pemohonan.

PROGRAM PERUMAHAN 1 MALAYSIA PR1MA 
PUTRAJAYA: Sejumlah 560 unit kediaman mampu milik fasa pertama program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, mula dibuka untuk permohonan kepada mereka yang bekerja dan tinggal di Pusat Pentadbiran Persekutuan.






Harga Rumah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

420 unit keluasan 815 kaki persegi (76 meter persegi) pada harga RM120,000. 
140 unit keluasan 1,006 kaki persegi (93 meter persegi) berharga RM150,000.



Syarat kelayakan pemohon program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)


1. Pengundi berdaftar di Putrajaya.
2. Warga negara Malaysia
3. Berumur 21 tahun ke atas
4. Berpendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri)
5. Memiliki satu rumah di Malaysia atau mereka belum lagi memiliki rumah



PR1MA yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai lalu adalah program kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah lebih meluas 




Unit PR1MA pula bertanggungjawab sebagai pihak berkuasa yang membangunkan, mengurus serta mengendali komuniti dan kediaman Prima dibina bawah programnya.


Kediaman pangsapuri bawah fasa pertama PR1MA itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH), dengan kos pembinaannya melebihi daripada harga yang ditawarkan.

“Jadi, mereka yang berminat bolehlah melayari laman web JPM di www.pmo.gov.my untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan serta cara untuk memohon. Permohonan dibuka dari sekarang sehingga tengah malam 12 Oktober 2011. “Permohonan ini tiada sistem kuota, malah ia terbuka kepada mereka yang layak. Format permohonan yang kami perkenalkan ini juga ringkas, kerana pemohon hanya tandakan pada petak,” katanya.



Menurutnya, sehingga jam 1.30 tengah hari semalam sudah ada 470 pemohon membuat permohonan membeli kediaman berkenaan.


“Unit berkenaan akan diperuntukkan melalui proses cabutan undi terbuka yang diadakan pada 15 Oktober 2011 dan majlis ini disempurnakan bersama Perdana Menteri,” 


4 ulasan:

  1. upprofit...boleh2.....apa salahnya...isi borang yerk

    BalasPadam
  2. dekat melaka x de ke....klu bley bt rumah teres setingkat kos rendah ..harga rumah mkin mahal...ini dpt memudahkn golongan berpendapatan rendah membeli rumah.

    BalasPadam
  3. syarat kena turuti - Pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Putrajaya mean automatik undi kawasan putrajaya

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!