CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 5 Julai 2011

Pelancaran Program Perumahan 1 Malaysia : (PR1MA)

Pelancaran Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
Pelancaran Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hadir untuk merasmikan majlis Pelancaran Program Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) di Putrajaya pada 04 Julai 2011.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Noor Mohamed Yakcop serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. 

Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!