CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 5 Julai 2011

Program Perumahan 1 Malaysia : (PR1MA)

Assalammualaikum....

Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
NAJIB melihat model rumah selepas majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia, di Putrajaya, semalam sambil diperhatikan Noor Mohamed (kanan) dan Raja Nong Chik.

Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)

Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1 Malaysia ((PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus dan lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman. 

Pinjaman ini ditawarkan oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem.


Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) adalah rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

Pembeli rumah yang 
(PR1MA) 
boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman. 

Projek PR1MA (Program Perumahan 1 Malaysia) yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. 


Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi tetapi untuk projek fasa pertama di Presint 11 ini harga seunit bermula daripada RM120,000," 

Sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah. 

Lokasi terbabit ialah : 
Putrajaya; 
Cyberjaya; 
Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan). 


Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. 

p/s Kepada mereka-mereka yang masih belum membeli rumah, boleh lah merebut peluang yang ada.

2 ulasan:

  1. Kat Penang tak der ka? Rumah kat Penang mahal gila sekarang ni. : (

    BalasPadam
  2. greenaple..tmpat lain mungkin akan datang...??

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!