CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 28 September 2011

Safee Sali Dipangil ke Cardiff City | Safee menyarung jersi Cardiff City

TEKA-TEKI masih belum terjawab.....Safee Sali masih menunggu keputusan daripada Cardiff City.
Keputusan Safee Sali ke Cardiff City
Penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bakal menyarung jersi kelab England, Cardiff City masih belum terjawab.


Sebaik misi menjalani latihan selama dua minggu bersama skuad kendalian Malky Mackay itu terlaksana sudah kelmarin, pasti- nya ramai peminat bola sepak tempatan kini tertanya-tanya mengenai kesudahan bekas penyerang Selangor itu sama ada layak atau tidak menyarung jersi Cardiff City selepas ini.
Apa yang pasti, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee juga memahami perasaan penyokong tempatan ketika ini, namun pada masa sama masih menunggu 'lampu hijau' daripada Malky Mackay.
Safee Sali sebelum ini mencetuskan keterujaan peminat bola sepak tempatan apabila berusaha menjadi anak Malaysia pertama beraksi di kancah bola sepak England.
Pemain kelahiran Kajang, Selangor itu telah menjalani sesi latihan bersama The Bluebirds sejak dua minggu lalu sebaik mendapat pelepasan daripada majikannya, Pelita Jaya.
Meskipun kredibiliti SafeeSali dilaporkan berjaya memikat hati Malky Mackay yang begitu kagum dengan disiplin dan skil yang ditunjukkan sepanjang mengikuti latihan tetapi masalah permit kerja dikatakan menggugat peluang Safee beraksi di England.
Namun, ia sedikit pun tidak menjejaskan semangat Safee Sali yang menganggap pemergiannya ke Cardiff City sebagai suatu pengalaman berguna bagi melonjakkan kariernya selaku pemain bola sepak.
Keputusan Safee Sali menyarung jersi Cardiff City
Safee Sali akan mengadakan pertemuan dengan Tien Ghee sebaik tiba di tanah air hari ini bagi membincangkan masa depannya bersama Cardiff City.
Safee Sali juga dikhabarkan dikehendaki datang semula ke Cardiff  City dalam tempoh dua minggu lagi untuk terus dinilai oleh Malky Mackay.

1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!