CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 28 September 2011

MAYBANK Bakal Berubah Wajah

Maybank ubah wajah 150 cawangan





MALAYAN Banking Bhd (Maybank) menjangkakan perubahan identiti korporat kumpulan perbankan itu akan meningkatkan hasil perkhidmatan kewangan komunitinya kepada RM12 bilion menjelang 2015 berbanding RM6 bilion kini. 


Kumpulan perbankan terbesar Malaysia dari segi aset itu kini adalah peneraju pasaran dalam segmen perbankan pengguna dan perniagaan dengan pendapatan daripadanya tahun kewangan lalu bernilai RM6.23 bilion, iaitu separuh daripada pendapatan keseluruhan kumpulan bernilai RM13.4 bilion.

Maybank akan membelanjakan RM150 juta hingga RM200 juta dalam lima tahun akan datang untuk mengubah wajah 150 cawangan dan lebih 2,000 pusat urus niaga.

Iidentiti korporat baru itu mencerminkan komitmen Maybank bukan saja untuk menukar wajah setiap cawangannya malah pengalaman perbankan penggunanya sejajar janji jenama kumpulan itu. 

Kami menjadikan setiap cawangan Maybank sebagai pusat sehenti yang dapat memenuhi seluruh keperluan kewangan komuniti daripada perbankan runcit hingga perkhidmatan pelaburan dan perniagaan, katanya. 

Tambahnya, program transformasi cawangan itu juga adalah sebahagian komitmen Maybank untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mesra masyarakat dan lebih dekat dengan orang ramai. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!