CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 9 September 2011

Rebut RM1000 untuk Malaysia #Merdeka54


Assalamualaikum.....
Sempena Ulang Tahun Malaysia #Merdeka54 blog Denaihati akan menganjurkan cabaran Malaysia #Merdeka54. Hadiah RM1000 ditaja oleh eQurban.com untuk direbut olehBLOGGER MALAYSIA. Cabaran Malaysia #Merdeka54 terbuka kepada semua BLOGGER MALAYSIA walau dimana berada di atas muka bumi ini.

Cara penyertaan Cabaran Malaysia #Merdeka54 :


1. Buat satu entri paling kreatif tentang Kemerdekaan Malaysia samada penulisan, photo atau video dan promosi semaksimum yang boleh entri tersebut melalui Facebook, twitter dan sebagainya.
2. LIKE Fanpage @eQurban.
3. Jadi Rakan Niaga @eQurban.
4. Letakan Banner eQurban di blog anda sehingga pengumuman Cabaran Malaysia #Merdeka54 diumumkan pada 16/9/2011.
5. Setiap Blogger hanya layak menyertai satu penyertaan sahaja.
6. Tarikh dan waktu tutup penyertaan akan diumumkan kemudian.
7. Tinggalkan komen penyertaan di bawah entri ini dan letakkan link penyertaan di CommentLuv.
8. 10 pemenang akan dipilih mengikut berbagai kriteria yang akan ditentukan oleh penaja.
9. Hadiah RM100 untuk setiap pemenang.
Tajuk entri Penulisan berkaitan Kemerdekaan Malaysia

Kemerdekaan Malaysia..... Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 
kemerdekaan Malaysia. 


Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Kemajuan yang dicapai oleh Negara Malaysia dan rakyatnya amat membanggakan kerana ianya telah mengharumkan nama negara dan membuatkan MALAYSIA terkenal diseluruh dunia.



Malaysia terus unggul........mengorak langkah menuju Wawasan 2020.

3 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!