CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 9 September 2011

Nissan Livina X-Gear 1.6L

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), memperkenalkan model terbaru dalam rangkaian Livina yang dipasang sepenuhnya (CKD) menerusi model Nissan Livina X-Gear yang dikategorikan sebagai model cross-over dalam segmen B pertama di Malaysia.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina mengukuhkan jualan sebagai MPV bukan nasional paling laris di negara ini.


“Menerusi pengenalan Livina X-Gear berkapasiti dua baris tempat duduk, kami kini menyasarkan pelanggan segmen baru yang mahukan sebuah cross-over penuh gaya untuk menunjukkan ciri individualiti mereka, namun pada masa sama kekal praktikal dan ekonomikal untuk kegunaan setiap hari.



“Walaupun secara mekanikalnya, model ini berasaskan kepada model Grand Livina 1.6L, gayaan luaran yang menarik adalah eksklusif untuk Livina X-Gear,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam. 

Model itu ditawarkan dalam lima warna iaitu perak, kelabu, putih, hitam dan jingga pada harga atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah RM82,800 bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana lebih dahulu).

3 ulasan:

  1. cantik . tengah fikir nak beli MPV lak .. keluarga makin besar ..

    BalasPadam
  2. pbee..beli lah ikut kemampuan...paling murah pun exora

    BalasPadam
  3. sedang menunggu............

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!