CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 29 September 2011

JAKIM Kuatkuasa Logo Halal Malaysia Pada 1 Januari 2012

 Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.


"Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.
"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ismail Sabri berkata, bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.
Logo Halal JAKIM baru diseragamkan jadi kurang sikit kita was-was pada makanan yang kita makan seharian.

14 ulasan:

  1. wah ini mmg bagus sbb byk yg suke2 ckp halal sbb ade cop pdahal blm tntu diiktiraf..^_^

    BalasPadam
  2. betol la...selalu keliru dengan logo halal...

    BalasPadam
  3. ye lah kena tunjuk terang2 mana satu logo yg betul

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Kadang2 pada bungkusan makanan label kecik sangat, susah nak pasti betul salah.

    BalasPadam
  5. harap2 x dak lagi kes2 yg duplicate logo ni

    BalasPadam
  6. bagi aku, baik tak perlu guna loga halal...gunalah logo haram...lagi mudah...kan.


    upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...ini kali pertama ayob datang sini...waaa mantoplah blog ini.......maka....c`ayob follow sini .

    Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

    http://cayob.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. bagus tindakan JAKIM ni.

    jemput ke blog saya ye?

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  8. sebuah info yang menarik.. memang patut d kuatkuasakan

    Salam berkunjung dari blog Lulu Caldina. Salam ukhuwah salam silaturrahim.

    Dah follow sini yang ke- 434 ye..
    Follow lah kembali kalau sudi. Hehe

    Ikhlas
    ~Gen2Merah~

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. bagus la..lepas ni xde la isu yang berbangkit

    BalasPadam
  11. banyak sangat dah logo halal. tak tau mana yang betul.

    BalasPadam
  12. tukar lagi tanda halal?bagusla..kadang2 makanan ringan dari peniaga kecil pun tiada tanda halal yg sah.ragu2 nak mkn.

    psst:siapakah kamu,kamu kata sayammg dah kurus..hihihi.mungkin kamu silap org.baru habis pantang dgn berat 57 kg bkn burus bg saya.

    BalasPadam
  13. Sukar memastikan barangan yang mempunyai logo halal yang sah. Hanya Allah mengetahuinya. Ketika kita hendak membeli barangan hendaklah kita berdoa dan meminta pertolongan Allah untuk memilih barangan yang betul halal.

    BalasPadam
  14. Hukuman berat sangat. Jika logo halal antarabangsa tidak diiktiraf kita telah mengecilkan skop makanan yang halal dimakan, mesti ada toleransi , prinsip percaya dan bersangka baik. Tiada logo halal tidak mengapa asal jangan memalsukan logo halal.

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!