CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 3 Oktober 2011

Cara Mudah Untuk Dapatkan Tiket MotoGP Malaysia

SEMPENA perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia (Moto GP) Oktober ini, Boon Siew Honda mengadakan dua peraduan dengan menawarkan hadiah menarik.

Hadiah peraduan adalah 

a) 2 tiket bagi pentas utama perlumbaan Moto GP 
b) Cenderamata Honda 
c) 20 pemenang berpeluang bertemu dengan pasukan pelumba Repsol Honda yang terkemuka. 


Bagi menyertai peraduan itu, peserta perlu mengambil gambar bergaya bersama dengan motosikal baru Honda yang didaftar antara 1 Ogos 2011 hingga 25 September 2011 berserta dengan satu slogan ringkas, “Saya LOVE Honda, kerana....(tidak melebihi 20 perkataan)”. 

E-mel gambar, slogan berserta dengan butiran peribadi kepada marketing@bswhonda.com.my.




Sebanyak 20 penyertaan akan dipilih untuk memenangi dua tiket percuma menyaksikan MotoGP secara langsung di Litar Antarabangsa Sepang, pada 22 dan 23 Oktober ini.



Selain itu, Boon Siew Honda menyediakan 20 pemenang untuk bertemu dengan pelumba Repsol Honda yang mencatat rekod cemerlang di perlumbaan Moto GP. 

Bagi memenanginya, anda perlu melayari dan ‘Like’ Go Further with Honda Facebook serta melengkapi slogan “Saya suka warna Repsol kerana....(tidak melebihi 50 perkataan)”. 

Bagi keterangan lanjut, boleh melayari www.boonsiewhonda.com.my atau menghubungi 1800-88-3993 (9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti awam).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!