CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 27 September 2011

AirAsia X tawar tambang murah | Air Asia

AirAsia X menawarkan promosi penerbangan dengan harga terendah ke beberapa destinasi seperti Australia, China, Taiwan, India, Jepun, Korea, Eropah dan New Zealand bermula hari ini sehingga Jumaat depan menerusi tempahan dalam talian sahaja.


AirAsia X dalam kenyataan di sini berkata, promosi yang sedang dijalankan ini adalah seiring dengan promosi tambang percuma yang dijalankan oleh syarikat bersekutunya, AirAsia.



Penumpang boleh memiliki tambang serendah RM279 ke Seoul, Korea atau melawat China atau merasai pengalaman baharu di Osaka pada harga semurah RM399.

Tambang ke India pula bermula dari harga RM349.


Apa tunggu lagi dapatkannya di sini..... Tempahan sekarang

Penumpang juga boleh menikmati percutian musim panas di London dan Paris pada harga serendah RM809 atau meneroka Pulau Selatan New Zealand pada harga bermula RM589.

Dalam pada itu, penumpang juga boleh menikmati penjimatan sehingga 30 peratus apabila mendaftar masuk bagasi, membeli makanan serta hiburan di dalam penerbangan, memilih kerusi serta pelbagai lagi perkhidmatan tambahan menerusi di dalam talian.

Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata, promosi ini adalah cara Airasia X untuk memenuhi janji kepada pengguna yang mahu terbang ke destinasi-destinasi terpilih dengan harga yang berpatutan.

" Dengan rangkaian yang luas dan sinergi oleh AirAsia dan AirAsia X, penumpang dimanjakan dengan pelbagai pilihan dengan lebih 160 laluan untuk dipilih. Rangkaian kami merangkumi lebih 80 destinasi di seluruh Asia Tenggara, Asia, Australia, New Zealand, China, Korea, Jepun, Taiwan dan Eropah," katanya.

5 ulasan:

  1. promosi erkk.. nak pergi memana pun kena tunggu time cuti kan

    BalasPadam
  2. pbee....yup boleh book dulu, nanti cuti dah senang...kena lah rancang cuti kan pbee

    BalasPadam
  3. airasia ni makin lama makin banyak pulak yg dia charge.. minyak, tempat duduk, kaunter dan entah apa2 lagi..

    BalasPadam
  4. dh book ke korea next year...KOREA Here i come...:)

    BalasPadam
  5. Pingin sgt nak ke London..hehr

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!