CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 27 September 2011

MAZDA Keluaran Terbaru......Mazda BT-50 (Fighter)

Mazda BT-50 (Fighter) 

Mazda Fighter Kenderaan Pikap Pelbagai Guna
Pikap ialah kenderaan dwikegunaan. Oleh kerana itu, ia begitu popular dalam kalangan usahawan berkeluarga. Pada hari biasa mereka boleh memunggah stok kedai atau perkakasan rumah. Pada hujung minggu pula, pikap boleh digunakan untuk membawa keluarga makan-makan atau ke pusat beli belah.


Harganya pula sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kereta sedan. Pada laras harga Mazda BT-50 (Fighter) RM90,000 anda boleh membeli Honda City, Proton Inspira atau pun pikap. Apa yang pasti, mereka yang inginkan kelainan, ruang penumpang dan kargo besar pastinya akan memilih pikap, pakej yang tidak ada pada kereta sedan.


Mazda BT-50 (Fighter) 
Mazda membawa masuk model terbaharu BT-50 atau lebih dikenali sebagai Fighter untuk pasaran tempatan.  Model itu berkonsepkan Active Lifestyle Vehicle, suatu yang agak sinonim dengan Mitsubishi Triton dan berbeza langsung daripada Toyota Hilux yang kelihatan gagah perkasa.
Tengok juga TOYOTA HILUX baru
Mazda mempamerkan kepada umum model baru BT-50 pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Australia 2010. Dengan konsep kenderaan gaya hidup aktif, BT-50 dirancang supaya menonjol.
Untuk pasaran ASEAN, BT-50 disasarkan untuk kegunaan bisnes dengan keselesaan seperti sebuah kereta penumpang. Bagi pasaran Australia dan Eropah pula, pikap itu disasarkan kepada golongan yang aktif dengan aktiviti luar.
Bahagian Dalaman Mazda BT-50 (Fighter)   
Pada bahagian dalaman, pasukan pereka mahukan rekaan sporty bagi melengkapi rekaan luarannya. Di samping ruang yang selesa bagi menyaingi standard kereta penumpang Mazda. Kokpitnya direka fokus untuk pemandu yang menikmati pemanduan.


Ciri-ciri pemanduan sporty seperti itu adalah suatu yang asing untuk kenderaan pikap. Papan pemukanya pula mempunyai rekaan asimetrik untuk mendapatkan ruang optimal pada kedua-dua belah sisi dan ini memberi faedah kepada penumpang.
Dengan perkembangan terbaharu Mazda ini, nampaknya pola pasaran pikap semakin berpecah dua. Pada suatu sisi ada kem yang terdiri daripada Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Nissan Navara dengan imej utilitarian yang menekankan aspek kebolehgunaan, ciri tradisi pikap.
Sementara satu lagi sisi yang dahulunya mempunyai seorang ahli tunggal iaitu Mitsubishi Triton kini mempunyai rakan baharu, tidak lain tidak bukan ialah Mazda BT-50. Kedua model itu masih mempunyai ciri-ciri pikap seperti tahan lasak dan sebagainya.
Mazda BT-50 (Fighter)  
Cuma ia ingin berseronok. Tiada salah dengan itu, asyik terlampau serius boleh membuatkan kita jadi tertekan. Apa salahnya membuat sesuatu di luar kebiasaan dan lari daripada sifir lazim. Mazda BT-50 adalah generasi baru kenderaan pikap.



ModelSpecificationPrice
 MAZDA BT50 2.5 MT
Common Rail Double Cab 4x4 UF6J RAA CBU
 2.5 L Diesel 4 Cyclinder, 16 Valves, DOHC, Direct Injection Turbo with Intercooler OTR RM83,170.00
without Insurance
  MAZDA BT50 2.5 Auto
Common Rail Double Cab 4x4 UF6J RAB CBU
 2.5 L Diesel 4 Cyclinder, 16 Valves, DOHC, Direct Injection Turbo with Intercooler OTR RM88,170.00
without Insurance




4 ulasan:

  1. dh masuk Malaysia ker bro kereta ni ?

    BalasPadam
  2. KHAIRUL DAH ADA DAH..LEH TGK KAT MAZDA MALAYSIA

    http://www.mazda.com.my/bt-50.aspx

    BalasPadam
  3. datang singgah jenguk geng...pa kabar bro? baru pas update bloglist...dah delete yg berjela2 tu..tp bro still ada...

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!