CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 16 Ogos 2011

SAH | Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn Mengandungi DNA Babi.

Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn Mengandungi DNA Babi.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. 




Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza. 

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online hari ini. 

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru. 


Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. 

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. 

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

5 ulasan:

  1. hai diorang pun tahu menda halal tk halal ni sensitif lagi nak buat pelik syarikat2 besar ni punya fikiran

    BalasPadam
  2. pbee..biasa lah, diaorang fikirkan keuntungan shj

    BalasPadam
  3. patriotik btol blog ni.. hebakk3 !!

    BalasPadam
  4. huhuhu guna planta.. yang ni x pernah guna lg

    BalasPadam
  5. HuiyoooO banyaknye bersusun kat situ, adoih... kuih raya yang diorg jual tu agak2 pakai tak jenama yang nih...

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!