CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 15 Ogos 2011

Sekat Laman Sesawang Web Dan Blog Fitnah

Sekat Laman Sesawang Web Dan Blog Fitnah Ataupun Maklumat Yang Tidak Tepat



Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang bimbang dengan fenomena penyebaran maklumat palsu mengenai status halal produk di negara ini menerusi Internet meminta pihak berkuasa segera menyekatnya.
Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak menyekat laman sesawang terbabit kerana ia jelas berunsur fitnah.




Beliau berkata, tindakan segera perlu dikenakan ke atas pengendali laman sesawang yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia juga bertujuan menjatuhkan perniagaan orang lain.
“Mereka tahu orang Islam memang sensitif dengan isu halal dan dengan menggunakan isu itu, mereka berharap pengguna akan memboikot produk syarikat terbabit sekali gus menyebabkan bisnes jatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang meminta orang ramai menghentikan tindakan menyebarkan pelbagai maklumat salah mengenai status halal sesuatu produk, jenama atau perkhidmatan khususnya menerusi Internet.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Halimah Mohd. Yusof berkata, banyak maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial Facebook, twitter dan blog adalah isu lama yang mula timbul seawal tahun 2005 dan ada di antaranya sudah diselesaikan.
Antara produk dan perkhidmatan yang menjadi sasaran ialah rangkaian barangan kosmetik SimplySiti, Starbuck dan Secret Recipe sehingga menyebabkan imej dan perniagaan pengusaha terjejas.
p/s Kepada para para bloggers semua..kita hendaklah menyampaikan sesuatu cerita yang benar sahaja..bukan hanya dari kabar angin. Ini kerana dengan kenyataan yang tidak tepat akan boleh menyebabkan orang lain menanggung risiko.

5 ulasan:

  1. setuju.. sah betul2 info b4 publish, klau x mcm aniaya bisnes org kn...

    BalasPadam
  2. bagi je tindakan yg fitnah2 ni..

    abu
    http://ashgive.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. takut .. kalau syg blog jgn lah sebarkan isu panas yg tk tahu betui atau tidak kan kan

    BalasPadam
  4. Payah gak nk buat benda ni, aktanya tak berapa jelas..

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!