CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 5 Julai 2011

BERSIH 2.0 DIBATALKAN...?????

Assalammualaikum dan salam sejahtera......

BERSIH 2.0
Detik 9 Julai 2011 merupakan hari perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan perhimpunan bagi menuntut satu sistem Pilihanraya yang adil di Malaysia. Perhimpunan ini tidak mendapat permit dari pihak berkuasa dan ramai yang menentangnya.
Tuntutan BERSIH 2.0
Kenapa ramai yang menentang...???? Salah satunya adalah ditakuti keadaan kacau bilau yang tidak dapat dikawal akan berlaku, kesesakan teruk dan segala sistem perhubungan pengangkutan akan tergendala, hasil ekonomi terjejas.


Perhimpunan BERSIH yang pertama
Apa yang hendak disampaikan di sini adalah kesediaan AMBIGA penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 untuk membatalkan BERSIH 2.0 Jika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyuruh berbuat demikian dan bersedia membuat perjumpaan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sedia membatalkan perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini, jika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan demikian. Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) BERSIH 2.0 selepas titah Seri Paduka disiarkan media.


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menghantar surat kepada Istana Negara untuk meminta perkenan menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum perhimpunan dijadualkan Sabtu ini. 


BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat melakukan pembaharuan sistem pilihan raya. 

BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia.

Ambiga, enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi dibatalkan berikutan titah Seri Paduka bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. 

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan membuat pengumuman rasmi sebaik saja pertemuan dengan 
 Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
 itu menjadi kenyataan.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan membatalkan perhimpunan itu jika diminta oleh 


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
, Ambiga berkata: “Ya. Tunggu saja pengumuman selepas pertemuan itu”. 






Titah : Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
, setiap permasalahan yang timbul perlu diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran’. 

“Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik,” 

p/s Jika perhimpunan BERSIH 2.0 ini diteruskan, apakah kesannya...???



4 ulasan:

  1. bila raja sudh bertitah, pm hny mmpu ikut.,tp klu prhimpunan ini d batalkan diharp pihak SPR lebih adil dan telus sprt prmintaan bersih

    BalasPadam
  2. dyg betul tu,sy setuju dengan pendapat awk

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!