CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 4 Julai 2011

Transformers : Jual permainan Transformers demi kekasih

Assalammualaikum semua.....
Kerana CINTA mereka sangup melakukan apa sahaja untuk pasangannya.....anda pula macam mana...????
 Jual permainan Transformers demi kekasih

Di Scotland Seorang pengajar teknikal sebuah syarikat marin, Shane Fenton terpaksa menjual koleksi permainan Transformers miliknya yang bernilai £200,000 (RM967,815) atas permintaan kekasihnya.

Fenton yang berusia 32 tahun membuat keputusan untuk menjual koleksi permainan itu yang dikumpulnya sejak kanak-kanak bagi membayar hutang rumahnya di sini.
Koleksi permainan itu melibatkan lebih 1,000 model patungTransformers itu yang disimpan di bilik tidur utama rumah mereka.
Menurutnya, kekasihnya itu mahu memulakan hidup berkeluarga dan mempunyai anak menyebabkan koleksi permainan tersebut yang disimpan di dalam bilik tidur utama itu perlu dijual bagi membolehkan mereka menggunakan bilik berkenaan.
Selama ini, bilik tidur itu tidak boleh digunakan kerana ia hanya menyimpan alat permainan berkenaan.
"Saya memberitahu Fenton bahawa dia bukannya kanak-kanak lagi. Dia akan berusia 33 tahun pada tahun depan," kata kekasihnya itu yang enggan namanya didedahkan.
Pasangan tersebut kini sibuk membuat senarai alat permainan itu yang akan dijual.
sumber KOSMO

3 ulasan:

  1. sayangnya... kene jual..

    tp serius la.. mainan pun nilai dekat sejuta..perghh...!

    BalasPadam
  2. erm...nanti nak tido tak ada tempat.

    BalasPadam
  3. nasib baik awek suruh jual alat mainan jer.. kalau dia suruh jual diri lagi haru. sanggup ker?? kekekeke

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!