CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 13 Jun 2011

Peluang Keemasan Melawat Dunia Ferrari Di Abu Dhabi

Assalammualaikum semua para bloggers....harap sihat semuanya...

Hari ini hari permulaan berkerja setelah bercuti selama 2 hari kan...mesti badan dah segar dan ceria.

malaysiascore nak berkongsi sedikit cerita @ berita tentang anda peluang  melawat Dunia Ferrari yang ada di Abu Dhabi.

Anda semua tak teringin ker nak ke sana....mesti nak kan, lebih-lebih lagi kalau semua kos perjalanan dan penginapan di sponsor.

Nak tau tak, macam mana hendak dapat peluang macam itu...jawapannya senang sahaja.......






Lawatan VIP ke Ferrari Abu Dhabi



Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membeli pek empat liter minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra atau minyak enjin teknologi sintetik Shell Helix HX7 dengan Teknologi Pembersihan Aktif.

SHELL Malaysia menganjurkan promosi global Shell Ferrari untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia Shell Helix, sekali gus menawarkan hadiah kepada empat pemenang bertuah untuk dibawa melawat ibu pejabat Ferrari di World Abu Dhabi.

Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Asia Tenggara, Seow Lee Ming berkata, peraduan itu adalah tahun kedua berturut-turut, Shell Malaysia menganjurkan promosi global Shell Ferrari.





“Disebabkan pakatan perkongsian strategik jangka panjang dengan Ferrari, kami terpanggil untuk mengadakan peraduan ini terutama dalam memberi peluang kepada pelanggan memenangi semua hadiah disediakan.


“Tahun lalu, Shell Helix menghadiahkan lawatan ke ibu pejabat Ferrari di Maranello, Itali sebagai ganjaran kepada empat pemenang bertuah dan pada tahun ini empat lagi pelanggan akan memenangi lawatan VIP ke Ferrari World Abu Dhabi,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur.





Menurutnya, lawatan VIP dengan semua perbelanjaan ditanggung ke Ferrari World di Abu Dhabi bernilai lebih RM15,000 setiap satu menanti empat pemenang bertuah peraduan Shell Helix Ferrari World kali ini.






Peraduan dua peringkat itu yang akan berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2011, dibuka kepada pelanggan yang membeli pek empat liter minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra atau minyak enjin teknologi sintetik Shell Helix HX7 dengan Teknologi Pembersihan Aktif. 

Manakala peringkat kedua, 15 peserta akhir yang bertuah akan menyertai Cabaran Shell Helix yang menyeronokkan di Berjaya Times Square Theme Park pada 8 Oktober 2011. 

Mereka juga berpeluang untuk melihat kereta Ferrari F150 yang menggunakan pelincir Shell Helix dan dipandu Fernando Alonso dan Felipe Massa dalam Grand Prix Abu Dhabi memecut mengelilingi Litar Yas Marina Circuit dalam satu-satunya perlumbaan siang ke malam dan acara kedua terakhir dalam kalendar perlumbaan Formula Satu 2011.


p/s kepada yang berminat tu, cepat-cepat lah pergi Shell...manalah tahu anda salah seorang pemenang yang bertuah....kan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!