CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 13 Jun 2011

Nak Jaga Kereta

Assalammualaikum semua.......
malaysiascore hari ini membawa sebuah kisah, bagaimana hendak menjaga kereta anda.......

Syarikat kereta yang terkenal, iaitu Volvo telah memperkenalkan satu sistem @ aplikasi yang unik bagi mereka yang risau dengan tahap keselamatan kereta, semasa mereka pergi membeli belah ataupun semasa bekerja.

VOLVO Car Corporation (VCC) memperkenalkan aplikasi mudah alih yang memastikan pemandu sentiasa berhubung dengan kereta yang diletakkan di tempat meletak kereta menerusi telefon pintar iPhone atau telefon berasaskan platform Android.

Langkah itu adalah sebahagian usaha syarikat untuk memastikan pemandu berasa tenang ketika berada di luar kenderaaan.


“Aplikasi mudah alih ini adalah lanjutan kepada ‘Volvo On Call’ yang asalnya memberi fokus kepada akses langsung dengan satu pusat kereta, jika berlaku kemalangan atau kecemasan lain.

“Aplikasi ini adalah percuma dan boleh dimuat turun melalui iPhone dan dari stor aplikasi Android,”

Antara ciri lain termasuk aplikasi mudah alih alat penjejak sesebuah kereta, di mana lokasi kenderaan itu ditunjukkan di atas peta.


Aplikasi mudah alih itu juga satu lagi langkah untuk menyediakan pemilik Volvo dengan satu hubungan sama ada semasa di dalam kereta atau ketika kereta itu diletakkan di tempat meletak kereta.

p/s selepas ini pemilik kereta tidak perlu risau lagi, boleh lah membeli-belah dan bekerja dengan tenang....betul tak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!