CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 17 Jun 2011

Pelancaran Motosikal elektrik pertama l Modenas CTric

Assalammualaikum semua.................

Hebat bukan...Pengeluar motosikal Malaysia (Modenas) mengeluarkan motosikal elektrik pertama di Malaysia.


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melakar sejarah apabila muncul sebagai syarikat pengeluar motosikal tempatan yang berjaya memperkenalkan sebuah motosikal elektrik pertama di negara ini melalui pelancaran Modenas CTric.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Halim Ismail , kenderaan yang berkuasa elektrik sepenuhnya itu dilengkapi lima unit bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano sebagai tenaga penggerak.
Menurutnya, bateri dengan jangka hayat sebanyak 500 kitaran itu mempunyai nilai pembelian semula dan penggunaan kuasa elektrik sebanyak satu sen bagi setiap kilometer.
"Dengan kelajuan purata 30 kilometer sejam (km/j), motosikal CTric berasaskan teknologi hijau ini berupaya mencapai jarak sejauh 60 kilometer pada setiap cas penuh.
"Kenderaan ini amat praktikal serta sesuai bagi mereka yang bergerak dalam radius 30 hingga 50 kilometer sehari," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran motosikal Modenas CTric di sini semalam.

7 ulasan:

  1. wahhh... malaysia boleh.. :) bpe riban rega moto nie?

    BalasPadam
  2. macam best je motor ni...kalau jalan jauh boleh ke?

    BalasPadam
  3. malaysia boleh.... xlama lagi makin maju la mat rempit malaysia kan... hehehe

    BalasPadam
  4. rileks...harga blum tahu lagi...
    bro ahmad....jalan jauh memg boleh tp kena cas lah.
    taufiq...motor nie tak leh laju...kalo laju bateri abis..hehee

    BalasPadam
  5. Satu perkembangan positif buat industri motosikal Malaysia ni. ;D

    BalasPadam
  6. bagus ni..

    tapi bila la modenas nak keluarkan superbike mampu milik pulak..

    ----------------
    nak ajak join komuniti blogger terbaru di Malaysia.. Join dan dapatkan traffik free..
    http://www.ohbelog.com/

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!