CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 5 Disember 2014

Piala AFF Suzuki 2014 : MALAYSIA VS VIETNAM

MALAYSIA VS VIETNAM

HARIMAU Malaya akan bertemu Vietnam pada 6hb Disember 2014 di Stadium Shah AlamPasukan pelawat yang semakin hebat dan konsisten dalam setiap perlawanan pada peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 tidak harus dipandang ringan buat pasukan Malaysia. 
Harimau Malaya tidak rela diratah Vietnam. Pergerakan lawan mereka itu akan dirantai bagi memastikan misi mencari bekalan selesa pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala AFF Suzuki 2014 menjadi kenyataan.
Kedua-dua pasukan yang akan membuat perhitungan di Stadium Shah Alam pada Ahad ini turun dengan misi yang sama iaitu memburu kemenangan selesa sebelum bertarung pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi 11 Disember 2014.
Para pemain agar sentiasa fokus dan bersedia dengan segala ancaman yang bakal dilancarkan oleh pemain Vietnam. Mereka (pemain) harus mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dan jika elemen ini dapat ditonjolkan, insya-Allah peluang untuk meraih kemenangan itu akan hadir.
PIhak malaysiascore mengucapkan selamat maju jaya kepada team Harimau Malaya.
MALAYSIA BOLEH.....!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!