CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 5 Disember 2014

Model Terbaru BMW : BMW X4 eksklusif





Mari kita lihat spesifikasi lengkap model terbaru BMW X4 XDrive28i yang menjadi keluarga terbaru dalam siri BMW X sarat de­ngan teknologi terbaru yang memang sinonim dengan ciri kereta buatan EropahBMW kini hampir memiliki barisan lengkap siri X membabitkan BMW X6, X5, X4, X3 dan X1.
Melihat reka bentuk luarannya yang 'luar daripada kebiasaan', model SAV dengan ciri rekabentuk 'Coupe' itu hampir sama dengan X3 yang diperkenalkan sebelum ini, cuma rekaannya lebih 'maskulin' seakan-akan abangnya BMW X6 yang harga jualannya mencecah lebih RM650,000 berbanding X4 yang memiliki tanda harga jualan tanpa insurans ialah RM438,800.Model edaran BMW Malaysia Sdn Bhd itu turut menawarkan model X4 yang lebih sporty iaitu xDrive28i M Sport yang dipadankan dengan beberapa aksesori tambahan berharga lebih RM30,000.Justeru, pengenalan model BMW X4 F26 ini memberi pilihan kepada mereka yang ingin merasai pengalaman memandu sebuah kenderaan SAV pada harga tidak melebihi RM500,000.

Model itu yang dibina berasaskan model X3 F25 berkongsi saiz lebar iaitu 1,881 dan asas roda 2,810 mm, tetapi memiliki panjang lebih 23 mm (4,671 mm) dan 51 mm rendah (1,624 mm) berbanding BMW X3.Kapasiti bonetnya pula lebih 500 liter iaitu 1,400 liter dengan ciri kerusi belakang boleh dibaringkan sepenuhnya untuk membawa barangan lebih besar atau memerlukan ruang tambahan.BMW X4 xDrive28i ini dijana enjin TwinPower berkuasa 2.0 liter turbo empat silinder petrol dengan kuasa maksimum 245 hp (kuasa kuda) dan tork maksimum, sekali gus mampu mencecah kelajuan maksimum 232 kilometer sejam (km/j). Catatan masa daripada tahap pegun kepada 100 km/j pula ialah 6.4 saat dengan tahap penggunaan minyak 7.3 liter per kilometer.

Teknologi BMW Efficient Dynamics yang mengurangkan tahap pengunaan minyak memberi keseronokan kepada pemanduan, malah pemandu juga boleh memilih jenis mod pemanduan, sama ada ECO PRO atau Sporty selain mencuba mod manual Steptronic lapan kelajuan dengan hanya menekan butang (+) atau (-) pada stereng tiga jejari yang turut dilengkapi pelbagai jenis butang lain.
Bagaimanapun, ada satu ciri yang mungkin boleh diberi perhatian oleh pengeluar kereta dari Jerman ini ialah ketiadaan pemegang tangan di bahagian bumbung dalam kereta itu yang berasa sedikit janggal kepada mereka yang ingin masuk dan keluar dari kenderaan ini.
Selain itu, cermin belakangnya tidak dilengkapi pengelap cermin yang memberi sedikit masalah apabila hujan lebat, namun pemasangan kamera undur menerusi paparan skrin bersaiz 8.8 inci dengan sensor meletak kereta banyak membantu.

Unik juga apabila aplikasi yang dipadankan dalam sistem hiburan dan multimedia kereta ini turut mempunyai fungsi menunjukkan arah kiblat dan pelbagai lagi fungsi lain yang sangat panjang jika disenaraikan. Skrin monitor itu juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian sama ada untuk tujuan hiburan atau peta navigasi. Semua capaian aplikasi itu boleh dilihat dengan menggunakan tombol pintar yang terletak di tengah-tengah konsul berhampiran gear berfungsi seakan-akan sebuah 'tetikus' yang memerlukan masa singkat untuk meneroka semua fungsi elektroniknya. BMW xDrive28i tampil dengan ciri xLine meliputi rim sports aloi 19 inci dan saduran krom pada ekzos, manakala ruang dalamannya tampil eksklusif apabila tanda X 'dicop' pada bahagian kepala kerusi yang disalut dengan kulit jenis Nevada.

1 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!