CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 11 Jun 2013

MPV Dari Nissan | Nissan Elgrand Highway Star


MPV premium





Nissan mempunyai produk dalam semua segmen termasuklah kategori kereta sport.
Mengamati dari luar, Elgrand nampak besar dan mewah. Namun, saiz yang besar itu sebenarnya lebih kecil jika dibandingkan dengan MPV mewah lain. Elgrand generasi keempat itu menyaksikan Nissan menyemak semula sifir reka bentuknya.
Ruang yang berlebihan dikurangkan dan menjadikannya lebih rendah berbanding generasi lama. Hasilnya ialah sebuah MPV yang aerodinamik dan kompak.
Memasuki ruang kabin, terserlah suasana mewah Elgrand. Kerusi pemandu dan penumpang sebelah yang dibalut kulit, ditambah dengan perehat lengan yang merupakan aksesori wajib untuk sebuah MPV.



Kedua-dua kerusi tersebut boleh dilaras secara automatik dan bonus untuk penumpang sebelah apabila ia didatangkan dengan perehat kaki persis kelas bisnes penerbangan.
Visual bantuan pemandu pula moden dengan kamera yang memberi imej sekeliling kereta (Around View Monitor) dengan sensor sonar yang sangat membantu ketika memarkir Elgrand.
Pemandu juga boleh melaras sistem audio, kamera, penggera, penggunaan minyak dan jadual servis melalui skrin monitor yang sama. Cuma apa yang kurang ialah Elgrand tidak didatangkan dengan telefon sambungan bluetooth, kawalan audio pada stereng dan auto cruise. Agak ralat juga untuk MPV mewah seperti ini.
Bahagian penumpang belakang juga tidak kurang hebat dan mewah dengan konfigurasi kerusi kapten. Walaupun kerusi tersebut dilaras secara manual, namun ia didatangkan dengan perehat kaki yang empuk menjadikan pemanduan jauh begitu selesa.
Penumpang belakang pula tidak perlu bersusah-susah untuk membuka pintu pada kedua-dua belah sisi kerana ia dikawal secara elektronik.
Keselesaan penumpang terjamin menerusi empat corong penyaman udara yang boleh dikawal secara berpusat atau tunggal. Jika hendak merasa angin semula jadi, buka sahaja bumbung suria pada barisan kedua tempat duduk atau di atas pemandu.
Cermin penumpang belakang tidak memerlukan filem penapis haba yang tebal kerana setiap tingkap didatangkan standard dengan langsir.
Satu perkara yang agak kritikal untuk sebuah MPV ialah kerusi barisan ketiga dan ruang bagasi yang dianaktirikan. Kedua-dua ciri tersebut pada Elgrand saya fikir lulus ujian, terutamanya kerusi barisan ketiga yang boleh diduduki dengan selesa oleh orang dewasa.
Bagi ruang penyimpanan pula, bonetnya agak dalam dan muat untuk diisi empat bagasi bersaiz sederhana dengan beberapa beg kecil di atasnya. Jika tidak memerlukan kerusi barisan ketiga, baringkan sahaja dengan menekan butang elektronik. Bonet belakang pula turut boleh dioperasikan secara elektronik.
Memandu Elgrand dengan jarak 1,200 kilometer (km) selama empat hari ternyata tidak memenatkan. Tiada masalah memandu pada waktu malam dengan adanya bantuan lampu utama AFS (Adaptive Front Lighting System) yang bergerak mengikut arah stereng.
Dari segi pengendalian, Elgrand tidak terasa bergoyang yang memang sinonim dengan MPV besar. Saya fikir jurutera Nissan berjaya mengimbangi antara kehendak pemandu dan keselesaan penumpang.
Cuma yang menjadi masalah ialah suspensinya yang terasa sikit keras. Kuasa yang dibekalkan oleh enjin 3.5 liter V6 CVTC pula walaupun besar tetapi tidak terasa buas. Dipadankan dengan transmisi XTRONIC CVT enam kelajuan, Elgrand mampu mendaki bukit Karak dengan selesa.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan karakter enjin linear dan mahu mendapatkan penjimatan, tekan sahaja butang Eco. Jika ingin merasa prestasi, alihkan gear ke seleksi manual yang merubah karakter enjin.
Nissan Elgrand Highway Star ditawarkan pada harga RM398,361.  MPV premium ini diimport sepenuhnya dari Jepun serta didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000km.

Sumber KOSMO

1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!