CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 30 Januari 2013

Kereta Sport Keluaran Negara Arab



Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.
Kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).
Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.

Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.
Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.
Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.
Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini.

2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!