CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 26 Disember 2012

Terkini Kereta Sport Hibrid Ferrari


Gergasi perlumbaan Itali, Ferrari akan mengeluarkan model kereta sport hibrid untuk memenuhi cita rasa peminat kereta berkelajuan tinggi dan pada masa yang sama, peka terhadap penjagaan alam sekitar dalam tempoh beberapa bulan lagi.
"Kami sedang berusaha mengurangkan pengunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi Ferrari," kata ketua pembangunan kereta berkenaan, Matteo Lanzavecchia di sini.

"Kami juga berjaya meningkatkan kuasa kuda kereta Ferrari serta mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida sebanyak 30 peratus," katanya.
Model California 30 yang berharga AS$239,000 (RM731,340) keluaran Ferrari kini lebih berkuasa dan dilengkapi teknologi terbaharu tetapi beratnya telah dikurangkan sebanyak 30 kilogram berbanding versi sebelum ini.
Pada tahun lalu, sebanyak 7,200 kereta Ferarri telah dijual di seluruh dunia, meningkat 10 peratus berbanding 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!