CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 26 Disember 2012

Model Lamborghini Terbaru


Jentera terbaharu keluaran kilang Automobili Lamborghini ialah Aventador. Ia dihasilkan bagi menggantikan Murcielago yang telah berada di pasaran sejak sepuluh tahun lalu.

Aventador (dinamakan sempena seekor lembu) kini menjadi model utama Lamborghini. Penampilan sulungnya dibuat sewaktu Geneva Motor Show 2011.

Sejak diperkenalkan, sebanyak 1,300 buah sudah menemui pemiliknya. Tempoh menunggu pula adalah selama 18 bulan.
Percaya atau tidak, Malaysia tersenarai antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan Aventador Roadster.
Untuk makluman, pengedar rasmi tunggal jentera Lamborghini di Malaysia ialah JH Italia Sdn. Bhd. (JH Italia). Jika Mac tahun lalu menyaksikan kemasukan Aventador coupe, minggu lalu, Aventador LP 700-4 Roadster pula tiba di negara ini.
Selepas Miami, AS, Aventador Roadster dipertontonkan di Singapura diikuti Malaysia, Thailand, Jepun, China dan Hong Kong.
Setelah beberapa hari dipertontonkan, sudah ada lima tempahan diterima untuk jentera dua tempat duduk itu.
Bayaran pendahuluan ialah RM200,000 seunit. Penghantaran pula dijadual bermula pada pertengahan 2013.
Sasaran JH Italia adalah untuk memperoleh tempahan sebanyak lapan unit Aventador Roadster menjelang akhir tahun ini.
Sejak beroperasi lapan tahun lalu, JH Italia sudah menjual lebih 100 unit Lamborghini.
“Kilang Sant'Agata Bolognese hanya menghasilkan sekitar 2,000 unit pelbagai model Lamborghini setiap tahun.
“Secara purata, hanya 3 hingga empat kereta Lamborghini dihasilkan setiap hari,” katanya selepas majlis pratonton Aventador Roadster di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Aventador menduduki tangga teratas dalam segmen enjin V12 global dari segi ledakan kuasa dan tempoh pecutan.
Apa yang unik mengenai roadster itu ialah kerangka monokok jentera berkenaan diperbuat daripada gentian karbon.
Ia membantu mengurangkan berat Aventador Roadster, pada masa sama meningkatkan ketegaran badan, pengendalian dan aspek keselamatannya.
Roadster memiliki beberapa perbezaan jika dibandingkan dengan varian coupe.
Antaranya, bumbung jenis gentian karbon yang boleh ditanggalkan secara manual dan garisan geometrik pada bumbung enjin.
Selain itu, penggunaan cermin berbentuk heksagon pada bahagian penutup enjin membantu proses penyejukan enjin, mengalirkan air hujan secara sistematik dan membantu alunan irama enjin.
Jentera dengan anggaran harga RM3 juta itu dilengkapi sistem start/stop dan menjadi kereta supersport pertama dilengkapi ciri berkenaan.
Jaminan diberikan ialah selama tiga tahun dan jadual penyelenggaraan berjadual setiap 12,000 kilometer.


1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!