CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 31 Disember 2012

Kenderaan Sebaguna MPV Chevrolet Orlando

MPV Chevrolet Orlando

Model konsep Chevrolet Orlando pernah dipamerkan sewaktu Paris Motor Show kira-kira empat tahun lalu. Ia mula diperkenalkan ke pasaran antarabangsa mulai 2011.
Ada beberapa varian ditawarkan namun untuk Malaysia, hanya satu varian sahaja dibawa masuk buat masa ini iaitu LT. Tidak keterlaluan jika dikatakan Orlando memecah kepompong reka bentuk tradisi MPV sedia ada.
Kebanyakan kenderaan sebegitu mengekalkan rekaan berkotak. Namun, produk terbaharu jenama dari Amerika Syarikat itu mengetengahkan gaya Eropah.

Model yang dibangunkan berdasarkan platform Cruze sedan itu memiliki garis bumbung yang direndahkan.
Bahagian belakang pula mengadun konsep rekaan yang sedikit tirus. Sekali gus membantu meningkatkan imej mantapnya.
Identiti asal Chevrolet didokong menerusi lambang bow tie ( tali leher kupu-kupu) yang agak besar di antara dua gril yang terpisah pada bahagian hadapan jentera.
Bahagian belakang pula ditonjolkan dengan pengenaan set lampu belakang yang besar.

Bahagian kabin membuatkan anda seolah-olah berada di dalam sebuah kereta biasa. Susun atur papan pemuka Orlando mengguna pakai konsep dual kokpit yang diilhamkan daripada kereta sport Chevrolet Corvette.
Perkara itu tidak pelik kerana Orlando dibangunkan daripada platform Cruze.
Jika berada di atas tempat duduk pemandu, anda boleh mencapai semua butang fungsi kenderaan dengan mudah. Selain itu, stereng juga dipasang dengan beberapa butang kawalan untuk kemudahan pemandu. Konsol tengah diserikan dengan lampu pencahayaan latar belakang berwarna biru.
Jika mahu menyimpan barangan kecil, tekan sahaja butang pada bahagian fasia tengah (terletak di bahagian bawah skrin pada papan pemuka) dan ia akan terbuka.
Itulah satu ruang simpanan rahsia untuk anda. Tidak lupa juga dengan tambahan ruang simpanan barangan di bahagian pintu.
Susun atur tempat duduk juga mengetengahkan kelainan berbanding MPV biasa. Orlando memiliki susun atur kerusi seperti di dalam pawagam. Maknanya, format susun atur secara bertingkat.
Kerusi barisan kedua sedikit tinggi daripada barisan hadapan. Kerusi barisan ketiga pula lebih tinggi daripada barisan kedua.
Apabila kerusi barisan kedua dan ketiga dilipat, kapasiti simpanan barang mencecah 1,499 liter. Andai meletakkan barangan sehingga paras garisan tingkap, saiznya ialah 856 liter. Cukup besar.
Varian LT untuk pasaran tempatan menggunakan khidmat enjin petrol ECOTEC 1.8L. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan Shiftronic yang membolehkan anda menukar gear secara manual.
Produk keluaran kilang di Korea Selatan itu berupaya menjana kuasa kuda sebanyak 141hp @ 6,200rpm dengan catatan tork puncak 176Nm @ 3,800rpm.
Memandangkan Orlando sebuah kenderaan keluarga, maka aspek keselamatan diberi penekanan tambahan. Selain ciri ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, dua beg udara juga dipasang. Sementara keluli kekuatan tinggi digunakan pada bahagian yang diperlukan di sekeliling kenderaan.
Kunci pintu Orlando akan terbuka secara automatik jika pelanggaran berlaku. Tambahan lain ialah ABS, ESP, Traction Control dan BA.
Orlando ditawarkan pada harga RM118,888 seunit (tidak termasuk insurans). Jaminan yang diberikan adalah selama lima tahun atau jarak perbatuan 200,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

19 ulasan:

  1. harga tak mahal sgt.. boleh dipertimbangkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tuh...tapi kena tgk juga harga alat ganti dia..mahal ke tidak. ke berbaloi di beli

      Padam
  2. menarik dan ada kelainan bila tempat duduk tengah dan belakang lebih tinggi dr depan,

    BalasPadam
  3. MALANGNYA logo chevrolet itu sendiri melambangkan salib, bagaimana orang beragama islam sanggup membeli dan memandu kenderaan keluaran u.s ini dengan rasa BANGGA dan merasa diri cukup HEBAT.. ini adalah sebahagian perancangan KAFIRUN menyesatkan umat akhir zaman.. tanpa sedar, jika anda mati dikala memandu kenderaan berjenama CHEVROLET, mungkin anda mati dalam kekafiran.. Wallahu A'lam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai org melayu di malaysia ni mengatakan logo chevys adalah bentuk salib. Sadis betul! Simbol campur (+) tu pun kali boleb nak dikaitkan salib. Mentaliti karat. Lain kali tak tahu baca atau tanya, jgn jadi bodoh sombong!
      Ditempat kerja saya seorang saja yg pakai chevys. Oleh kerana kebanyakan pekerja adalah Melayu, mereka punya mentaliti sama mcm tu jugak.
      Tidak dinafikan chevys mempunyai kelebihan tersendiri, pemanduan selesa dan mantap. Yg palinf menyenangkan saya enginnya senyap walaupun kereta ada telah menjangkau 9tahun.

      Padam
    2. Jika anda mati pula dalam menyebarkan fitnah camne pula yg sangkuriang??

      Padam
    3. Pencerahan untuk Sanfkuriang, baca ni: http://jalopnik.com/5797651/the-real-history-of-the-chevrolet-bow-tie

      Padam
    4. Sila kaji semula apa yg tuan katakan mengenai salib.. jgn nk kata org mati dlm kete chevrolet tu kafir..

      Padam
    5. Sila kaji semula apa yg tuan katakan mengenai salib.. jgn nk kata org mati dlm kete chevrolet tu kafir..

      Padam
    6. Tolonglaah janganla sempit sangat fikiran tu. Kesian...hanya Allah saja yg tahu pengakhiran seseorang.

      Padam
  4. tola mentaliti org kita... lambang gito ckp salib... sokong kafir... huruf 't'dalam ejaan to pn sokong salib n kafir kr?... cuba rujuk ustaz @ ulamak sebelum komen, tak la nampak anda to jahil sgt...

    BalasPadam
  5. Bodohnya sangkuriang! Bagai babi bodoh d bwh tempurung,bodoh sangat.lg bodoh dari babi.

    BalasPadam
  6. Sangkuriang; ...Pasal logo chevys tu kalau tak tahu baik tanya dari meneka yg bukan-bukan. Silap teka fitnah jadinya.

    BalasPadam
  7. Macamana ye spare part untuk chevrolet ni? Mahal ke maintainannya? Harga scondhand confirmla rendah

    BalasPadam
  8. Bagaimana dgn kadar penggunaan minyak? Brapa km/L?

    BalasPadam
  9. Bagaimana dgn kadar penggunaan minyak? Brapa km/L?

    BalasPadam
  10. Mcmna...dh ada yg beli ke.... Mcmana maintainent....

    BalasPadam
  11. Mcmna...dh ada yg beli ke.... Mcmana maintainent....

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!