CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 5 Julai 2012

Kelayakan Piala AFC B-22 | Rupanya Myanmar Turunkan Pemain Yang Melebihi Usia 22 Tahun


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tindakan Myanmar menurunkan beberapa pemain melebihi usia 22 tahun ketika menentang Harimau Muda pada perlawanan terakhir Kumpulan G Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon kelmarin.
Bagaimanapun, FAM terlebih dahulu mahu mengumpul bukti- bukti sahih sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

Justeru, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau akan mendengar laporan daripada pengurus Harimau Muda, Datuk Afandi Hamzah dan jurulatih, Ong Kim Swee dalam masa terdekat.
Menurut Azzuddin, pihaknya mahu meneliti dakwaan yang mengatakan Myanmar tidak mematuhi peraturan pertandingan yang telah ditetapkan AFC.
Laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) iaitu www.fifa.com dan kelab Yangong United (www.ygnutd.com) mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun pada kempen kelayakan tersebut.
Penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Harimau Muda kelmarin iaitu Kaung Si Thu berusia 25 tahun, kapten, Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).
“Kami perlu menghantar bantahan dalam tempoh 48 jam. Kami tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kerana Myanmar akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2013.
“Jika mereka terlepas kali ini, tidak mustahil mereka akan melakukan perkara yang sama pada tahun hadapan,” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!