CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 22 Jun 2012

Restoran A&W Hendak Ditutup..???


KUB tutup 34 restoran A&W..???


DALAM usaha untuk memperkukuhkan cabang perniagaan makanannya, KUB Malaysia Bhd (KUB) bercadang menjual A&W di Thailand menjelang akhir tahun ini dan sedang mempertimbangkan rakan strategik bagi meningkatkan pendapatan perniagaan berkenaan di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad berkata, pihaknya akan menjual perniagaan A&W di Thailand menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan kumpulan itu kembali mencatatkan keuntungan tahun ini.



“Sehubungan itu, kami akan menutup 24 daripada 48 cawangan A&W di Malaysia dan 10 cawangan di Thailand tahun ini yang dikenal pasti tidak menguntungkan.



“Setakat ini, kami menerima cadangan daripada Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) serta beberapa syarikat lain yang berminat membeli pegangan majoriti kami dalam A&W Malaysia,” katanya.


“A&W di Thailand akan dihentikan operasi sepenuhnya dan kami sudah melantik syarikat penasihat bagi menjalankan penilaian serta pencarian pembeli yang perlu direalisasikan sebelum akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di Petaling Jaya, semalam.



Hadir sama, Pengerusi KUB, Datuk Seri Abd Halim Abd Samad. Pendapatan KUB menurun 11 peratus kepada RM708.5 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding RM796.2 juta dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. Penurunan itu menyumbang kepada kerugian bersih RM58.8 juta.



Wan Mohd Nor berkata, kerugian itu banyak disebabkan operasi makanan dan minuman KUB yang diterajui anak syarikatnya, A&W (Malaysia) Sdn Bhd dan A&W Restaurants (Thailand) Ltd Co. KUB adalah pemegang lesen francais A&W di Thailand dan Malaysia sejak 2002.


Katanya, kerugian itu susulan permintaan pasaran pengguna yang berkurangan pada separuh pertama 2011 dan kenaikan harga makanan pertengahan tahun lalu, manakala operasi A&W Thailand terjejas berikutan banjir tahun lalu.



Menurutnya, walaupun pihaknya membuat keputusan menutup beberapa cawangan A&W, ia tidak bermakna rangkaian restoran yang dikekalkan akan menerima nasib sama. “Namun, cawangan yang dikekalkan akan dinaik taraf selain lokasi lebih strategik dengan sewaan rendah akan dipilih bagi menempatkan cawangan baru,” katanya.

2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!