CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 23 Jun 2012

Petronas Dapat Pengerusi Baru

Penantian siapa Pengerusi Petronas yang baru telah terjawab dengan perlantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang tamat perkhidmatan semalam akan dilantik sebagai Pengerusi Petronas.Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib membuat pengumuman itu sebelum mengakhiri ucapan penghargaannya kepada Mohd Sidek, sekali gus meleraikan teka-teki mengenai kekosongan jawatan berkenaan yang pada masa ini dipangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Tan Sri Mohd. Sidek Hassan

“Saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan melantik Tan Sri Mohd Sidek sebagai Pengerusi Petronas baru berkuat kuasa sedikit masa lagi selepas urusan dalaman kerajaan diselesaikan,” kata Najib.

Pengumuman berkenaan nyata mengejutkan Mohd Sidek yang diraikan pada majlis berkenaan dan tetamu yang hadir termasuk menteri kabinet menyambut baik kejutan itu dengan bertepuk tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!