CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 3 Mei 2012

Tisunami Dan Harley-Davidson


SEBUAH motosikal Harley-Davidson terdampar di sebuah
pantai di Pulau Graham, Kanada yang ditemui Peter Mark
 

Media Jepun melaporkan sebuah motosikal Harley-Davidson yang hilang semasa tsunami melanda di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu telah ditemui di Pulau Graham, Kanada pada 18 April lalu selepas dihanyutkan sejauh 6,400 kilometer (km).
Motosikal itu ditemui seorang lelaki, Peter Mark dalam sebuah kontena putih tempat ia disimpan oleh pemiliknya, Ikuo Yokoyama.

Stesen televisyen Jepun, Fuji TV melaporkan semalam bahawa pemilik motosikal berkenaan dikesan melalui nombor plat kenderaan tersebut.
"Tidak syak lagi, ia motosikal saya. Ia satu keajaiban," kata Yokoyama kepada stesen televisyen Nippon TV apabila dia melihat gambar motosikal tersebut.
Yokoyama kehilangan tiga anggota keluarganya dalam tragedi tsunami itu.
Dia kini menetap di sebuah kawasan perumahan sementara untuk mangsa-mangsa tsunami yang terselamat di wilayah Miyagi.
Mark menyatakan, dia sukar untuk mempercayai bahawa motosikal itu akan dihanyutkan merentasi Lautan Pasifik.

Sumber : hmetro

1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!