CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman Telah Meninggal Dunia...


Al-Fatihah, saya baru sahaja membaca di blog ohbulan.com mengatakan mengatakan Bob Kuman telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.38 petang tadi.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah meninggal di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara. Berita ini disahkan sendiri oleh wartawan, Mazidul Akmal Sidik di laman Facebooknya.

Sebelum ini, arwah yang juga seorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair pernah dikhabarkan sudah meninggal dunia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun, perkara itu dinafikan sendiri oleh arwah Bob Kuman. Kali ini, Allah lebih sayangkan arwah Bob Kuman, beliau pergi meninggalkan seorang isteri dan keluarga tersayang.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

SUMBER : ohbulan.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!