CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Ahad, 20 Mei 2012

Mercedes-Benz C 63 AMG Coupe


Mercedes-Benz C 63 AMG Coupe


MERCEDES-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan model berprestasi tinggi terbaharunya, C 63 AMG Coupe. Pengenalan sedan dua pintu itu ditempatkan bersama dua varian sedia ada iaitu CLS 63 AMG dan CL 63 AMG.
Jentera C 63 AMG Coupe ditawarkan dalam pasaran Malaysia bersama pakej prestasi AMG. Ia dikuasakan oleh unit enjin V8 bersesaran 6.208cc yang dipadankan bersama transmisi sport AMG Speedshift MCT tujuh kelajuan. Enjin tersebut mampu meledakkan kuasa sebanyak 487hp @ 6,800rpm dan tork maksimum 600Nm @ 5,000rpm.
Kelajuan maksimum jentera jenama mewah Jerman itu dihadkan secara elektronik pada 280 kilometer sejam (km/j). Pecutan daripada titik pegun ke 100km/j cuma 4.3 saat. Untuk setiap 100km, model baharu tersebut menggunakan sebanyak 12.01 liter petrol. Kadar emisinya pula sebanyak 280 gram bagi setiap km.
Model tersebut memiliki ciri rekaan spesifik AMG yang diadun bersama perkadaran Coupe klasik. Reka bentuk bahagian hadapan C 63 AMG Coupe dilengkapi apron baharu yang disalut warna hitam, lampu DRL (Daytime Running Lights) diod pemancar cahaya (LED), alur keluar udara pada bahagian sisi dan gril radiator. Lambang bintang Mercedes-Benz menyerlahkan lagi wajah maskulinnya.
Pandangan sisi diserlahkan dengan adanya lencana 6.3 AMG, cermin sisi gentian karbon dan rim aloi ringan AMG bersaiz 19 inci berwarna hitam. Bahagian belakang pula dipasang peresap hitam tiga sirip dengan ekzos berkembar pada kiri dan kanan jentera.
Rekaan dalaman membabitkan panel instrumen diintegrasi dengan skrin, tiga kluster meter, skrin berwarna TFT dan stereng dengan butang kawalan. Tempat duduk AMG sport jentera itu turut disaluti upholsteri kulit.
Ciri keselamatan C 63 AMG Coupe membabitkan teknologi seperti sistem brek ABS, Adaptive Highbeam Assist, Attention Assist, Headlamp Assist, ESP, ILS, Parktronic dengan Parking Guidance, Pre-Safe, Lane Keeping Assist, kawalan jelajah dan Blind Spot Assist.
Mercedes-Benz C 63 AMG Coupe bersama pakej prestasi AMG ditawarkan pada harga RM781,888 seunit. Harga itu tidak termasuk insurans. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.mercedes-benz.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!