CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Ahad, 20 Mei 2012

Jenama Mewah Dari Toyota


SUV mewah paling laris


DETIK kelahiran jenama mewah Toyota Motor Corporation (TMC) tercetus dalam satu mesyuarat sulit yang disertai pengerusinya pada ketika itu, Eiji Toyoda dan barisan pengurusan eksekutif syarikat.
Toyoda melemparkan satu persoalan: Mampukah mereka mencipta sebuah kenderaan mewah bagi mencabar model terbaik dunia?
Jenama mewah iaitu Lexus.
Kereta Lexus pertama iaitu LS 400 dipamerkan sewaktu Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara di Detroit pada Januari 1989. Model sedan itu dikatakan menjadi antara yang menarik perhatian pengunjung.

Hampir 23 tahun sudah berlalu. Lexus kini memiliki barisan produk dan portfolio yang hampir lengkap. Antaranya, model sedan (siri IS, ES, GS, LS), kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu RX, GX, LX, kereta berhud (IS C), hibrid (CT, HS, RX, GS, LS) dan jentera berprestasi (IS F dan LFA).

Di Malaysia, aktiviti pengedaran dan jualan kenderaan Lexus bermula pada 2006 menerusi penubuhan Lexus Malaysia yang bernaung di bawah sayap perniagaan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota).
Tiga varian RX
Sehingga kini, barisan produk Lexus Malaysia hanya merangkumi lima segmen dengan siri kereta GS, LS, RX, IS dan hibrid. Apa yang pasti, siri RX menjadi rangkaian model Lexus paling popular dalam pasaran tempatan.
“Ini menjadikan RX sebagai model Lexus paling popular dan SUV paling laris dalam segmen SUV mewah di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 35 peratus,” 
Reka bentuk keseluruhan siri RX tidak diubah secara drastik. Namun bahagian hadapan diberi pembaharuan. Antaranya penggunaan jeriji baharu (spindle grille), lampu DRL (Daytime Running Lights) LED dan bahagian bawah bampar dilabuhkan sedikit.

Transformasi bahagian belakang membabitkan pengenaan lampu brek belakang dengan perumah berwarna merah. Varian RX 350 dan RX 450h dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, manakala RX 270 diberikan padanan rim 18 inci.
Remote Touch Controller Lexus
Bahagian kabin RX diberi wajah baharu pada tujuh bahagian. Ini termasuklah stereng, gugusan meter, panel tengah, konsol tengah, sistem audio, panel kawalan
pengudaraan, alat pendingin hawa dan Remote Touch Controller Lexus.
Stereng itu sama seperti yang terdapat pada model GS baharu. Ia memiliki gabungan material kayu dan kulit berkualiti tinggi.
Remote Touch Controller Lexus generasi kedua pula merupakan alat kawalan sentuh. Gajet itu membolehkan pemandu mengendalikan pelbagai sistem penetapan pilihan fungsi tanpa perlu menekan punat atau butang.
Sistem audio RX pula membabitkan 12 unit pembesar suara yang dipasang di sekeliling ruangan kabin. Alat pemain cakera padat dan cakera video digital Lexus memiliki sambungan USB dan AUX.
Skrin paparan berukuran 8 inci Electro Multi Vision dengan sistem navigasi satelit didatangkan sebagai ciri standard bagi semua varian RX. Petanya meliputi Malaysia, Singapura dan Thailand.
Berhubung model RX 350 F Sport, Ismet menjelaskan bahawa model berkenaan merupakan varian RX paling sporty yang pernah dibina. Jentera itu dilengkapi pelbagai komponen berprestasi.
Antaranya ialah penyerap prestasi dan sistem gantungan F Sport yang menawarkan kawalan badan jentera yang teguh dan kestabilan lebih baik semasa dipandu pada kelajuan tinggi.
Rekaan luaran model sport RX merangkumi gril jejaring, rim aloi 19 inci berwarna kelabu dan lencana F Sport pada dapra hadapan.
Melangkah masuk ke dalam kabinnya, persekitaran dalaman memaparkan elemen sporty. Kemasan kayu diguna pakai pada panel aluminium. Tempat duduk disalut material kulit khas. Penukaran gear boleh dilakukan menerusi paddle shifter pada stereng kenderaan.
Tempahan untuk kesemua varian RX telah dibuka sejak 2 Mei lalu. Lexus Malaysia mensasarkan unjuran jualan yang munasabah iaitu 400 unit sehingga akhir tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!