CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 29 Mei 2012

Jom Tengok Apa Yang Hangat Hari Ini.......



PENINGKATAN permintaan kereta utiliti sukan (SUV) pada peringkat global menjadi dorongan kepada pengeluar automotif berprestasi tinggi dari Itali, Lamborghini memperkenalkan kenderaan dalam segmen itu pada Pameran Motor Beijing 2012, baru-baru ini.

Model konsep Lamborghini Urus itu menggabungkan reka bentuk yang unik, ruang dalaman menarik dan prestasi mengagumkan dengan kecekapan bahan api.




SUV mewah yang dipadankan dengan empat pintu itu bakal memenuhi keperluan kenderaan kegunaan harian selain menawarkan keseronokan dalam pengendalian.

Difahamkan, kenderaan itu menyalurkan prestasi mantap apabila menghamburkan kuasa maksimum sehingga 600 kuasa kuda selain pembebasan karbon dioksida yang rendah.


Ia juga menggunakan pacuan semua roda bagi memberi pengendalian dinamik serta reka bentuk garang yang diterapkan menerusi warisan keluarga Lamborghini.


Model yang dipadankan dengan rim 24 inci itu bakal dipasarkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Russia dan China dengan jumlah pengeluaran tahunan kira-kira 3,000 unit.

Walaupun ia sebuah kenderaan berprestasi tinggi, ruang dalaman jentera itu menawarkan keselesaan kepada empat penumpangnya.

Selain itu, belakang sterengnya tampak ringkas apabila hanya dipadankan dengan padel untuk penukaran transmisi dwi klac.

Fungsi lain termasuk penggilap cermin, lampu dan diletak pada stereng ataupun pada konsul tengah.


>Spesifikasi

LAMBORGHINI URUS
KUASA MAKSIMUM: 600 hp
TRANSMISI: transmisi dwi-klac
PACUAN: pacuan semua roda
PANJANG: 4.99 meter
TINGGI: 1.66 meter
LEBAR: 1.99 meter



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!