CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 13 April 2012

Kebanggaan FAM | Kedudukan Rangking Bola Sepak Malaysia Yang Terbaik.

Nampaknya sekarang ini Rangking Bola Sepak Malaysia adalah yang terbaik dan boleh dibanggakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Tahniah kepada FAM kerana berjaya menunjukkan kehebatan dalam pengurusan Bola Sepak Malaysia.

Peminat sukan Bola Sepak tanahair pasti telah tahu kedudukan ranking FIFA terkini pasukan Harimau Malaya kesayangan kita ketika ini yang telah jatuh empat anak tangga kepada 156.

Biarpun berita ini sedikit mengecewakan namun itulah hakikat yang perlu diterima oleh semua peminat sukan bola sepak terutamanya FAM yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola sepak negara. Kedudukan ranking terkini FIFA ini pasti mengundang persoalan akan keberkesanan program yang dibentuk untuk pasukan negara.

Apatah lagi dengan isu dalaman pihak pengurusan FAM yang tak habis-habis yang dilihat sukar menerima pendapat orang lain biarpun dari orang dalamannya sendiri mengundang kritikan peminat sukan. Sepatutnya FAM perlu bersikap terbuka terhadap setiap pendapat baik positif mahupun negatif yang diberikan demi untuk pembangunan sukan bola sepak tanahair. Itu pun jika mereka benar-benar serius untuk membangunkan dan mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Masih banyak yang mereka boleh lakukan demi pembangunan sukan bola sepak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!