CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 14 Mac 2012

Pasukan Hoki Malaysia Menang Lagi

Tahniah Pasukan Hoki Malaysia.....ada hebat..dan buktikan ada layak ke OLIMPIK 2012 nanti.
SKUAD hoki negara mencatat kemenangan ketiga pada kempen Kelayakan Olimpik 2012 London apabila membelasah Ukraine 5-1 di Dublin, Ireland malam semalam.
Begitupun, kejayaan besar tersebut masih belum selesa buat skuad negara dari segi perbezaan jaringan kerana dua pencabar utama, Korea Selatan dan Ireland masing-masing menang dengan jumlah yang lebih besar iaitu 8-2 dan 12-0.

Ini bermakna Malaysia hanya akan layak ke final sebagai dua pasukan teratas dengan mengharapkan kemenangan ke atas Korea Selatan atau Ireland dalam dua baki perlawanan kempen ini.
Esok, skuad kendalian Tai Beng Hai itu akan berdepan laluan getir apabila turun berdepan Korea Selatan yang dilihat sebagai antara penentu kepada nasib Malaysia dalam kempen kelayakan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!