CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 15 Mac 2012

Gambar Kereta Proton Baru | Proton P3-21A

P3-21A bermula RM62,000

PROTON model P3-21A
PROTON Holdings Berhad (Proton) mengumumkan harga jualan bagi model terbaru keluarannya yang kini dikenali menerusi kod P3-21A bermula dari RM62,000 hingga RM75,000 seunit mengikut jenis varian dan spesifikasi dengan tempahan mula dibuka semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, orang ramai boleh mula membuat bayaran tempahan sebanyak RM500 di semua pusat jualan Proton seluruh negara atau di acara mega lima hari dinamakan ‘Power Of 1’ di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 14 hingga 18 Mac ini.

Inikah model P3-21A...????
Kepada pembeli kereta P3-21A yang bertuah, pembeli yang membuat tempahan bagi model baru itu juga berpeluang memenangi hadiah utama Lotus F1 Team i-Race berupa pengalaman memandu kereta Formula Satu Lotus dan mengikuti program khusus sebagai seorang pemandu F1 dalam sesi khas ditaja sepenuhnya di Sepanyol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!