Dalam ekonomik yang tidak menentu ini, semakin banyak kejadian jenayah yang berlaku disekeliling kita. Kejadian jenayah ini ada yang kita sedari dan tidak sedar.
Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kejadian jenayah ini adalah mungkin disebabkan pertambahan bilangan warga asing yang ada di Malaysia. Tetapi ini juga tidak terkecuali rakyat Malaysia juga ada yang terlibat dengan jenayah.
Jenayah seperti samun, rompak, meragut semua ini terjadi mungkin daripada tekanan hidup ataupun untuk maencari jalan mudah dalam mendapatkan duit.
Terbaru, Pelakon dan pengacara terkenal Wardina telah dirompak. Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai.
Ketika kejadian Wardina bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur.
BERSELERAK...Wardina dan Ikhwan menunjukkan barang-barang milik mereka yang digeledah penyamun. |
Kita mestilah sentiasa perwaspada dengan keadaan sekeliling kita dengan memantau segala keadaaan agar kejadian seperti yang terjadi pada Wardina dapat dielakan. Dan kepada Wardina saya harap anda dilindungi daripada mala petaka dan kuatkan semangat dalam meneruskan kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan