CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 11 Januari 2012

Mengambil Lesen Memandu Dengan Mengunakan Kereta Automatik

Belajar Memandu Kereta Dengan Transmisi Automatik 
Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Tetapi harus diingat : jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.
"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,''
Menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.
"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.
"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," 

6 ulasan:

  1. takut tertekan minyak banyak sudah la.. melambung kereta.. :)

    BalasPadam
  2. mOon baru je daftar ... amek manual la...berbalOi...kalo ada kecemasan buley bawak dua2 jenis sekali...

    BalasPadam
  3. moon...betul tuh..kalo amik auto dah tak leh bawak keta manual.

    BalasPadam
  4. kurang2 ada lesen..dan dah tentu zaman skrang dan yg akan dtg semua penggunaan sistem canggih..akan terlaksana.makin hari manual akan dilupakan..keputusan ada ditangan anda..mudah n pantas.auto yg terbaik..

    BalasPadam
  5. kurang2 ada lesen..dan dah tentu zaman skrang dan yg akan dtg semua penggunaan sistem canggih..akan terlaksana.makin hari manual akan dilupakan..keputusan ada ditangan anda..mudah n pantas.auto yg terbaik..

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!