CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 2 November 2011

Sayangi Anak Anda.....Gunakan KiddyTrack Untuk Mengesan Lokasi Anak Anda

KiddyTrack Untuk Mengesan Lokasi Anak Anda

SEPANJANG tahun, purata kanak-kanak hilang di negara ini dilaporkan mencecah tiga orang setiap hari. Satu angka yang boleh dianggap membimbangkan.


Menyedari hakikat terbabit, kerajaan sebelum ini sudah menyediakan hebahan menggunakan teknologi termasuk talian Nur yang terus menyalurkan maklumat ke media sosial seperti Facebook dan Twitter.



Di sebalik penggunaan laman sosial bagi memberi hebahan, pengguna boleh memuatkan peranti kecil bersaiz seakan kad perniagaan dan hanya seberat 80 gram boleh disimpan di dalam beg atau poket anak kesayangan anda.

Ciptaan inovatif perkakasan kecil berbentuk segi empat berwarna hitam, KiddyTrack yang menyokong rangkaian telekomunikasi mampu memenuhi keperluan ibu bapa yang ingin mengawasi sepenuh masa anak-anak mereka, tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan kesibukan dengan kerja rumah atau pejabat.



KiddyTrack Sdn Bhd mendapat kerjasama syarikat telekomunikasi terkemuka, Maxis Berhad yang menyediakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis.



Perkakasan kecil terbabit turut menyokong teknologi sistem pengesan global (GPS) untuk memberitahu lokasi anak yang memakainya.



Selepas dipasangkan dengan peranti, ibu bapa mampu mengesan anak mereka atau orang yang tersayang dengan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengesan kedudukan mereka. 

Dalam masa beberapa saat selepas menerima SMS, sistem terbabit akan menyediakan pengguna dengan sambungan alamat URL peta Google yang menunjukkan lokasi, setepat hingga lima meter yang mana kanak-kanak itu berjaya dikesan. 

Apabila tidak terdapat isyarat GPS, maklumat berasaskan sel oleh platform mesin-ke-mesin (M2M) Terurus Maxis boleh menyediakan lokasi anak anda dengan ketepatan radius 50 meter. 

Di samping itu, ahli keluarga lain boleh memantau anak mereka dan orang yang tersayang dengan mudah melalui komputer peribadi (PC) atau telefon mudah alih dengan memasukkan log dalam laman web KiddyTrack. 

Jika berlaku kecemasan, peranti itu berupaya memberi amaran kepada peranti lain sehingga lima nombor prapasang dengan hanya menekan butang SOS. 

Keupayaan utama penyelesaian peranti ini terletak pada teknologi mencari orang yang anda sayangi pada bila-bila masa, dari mana saja. 

Bukan hanya boleh digunakan untuk mencari dan mengesan kanak-kanak, tetapi juga untuk memantau lokasi warga tua, pekerja, haiwan peliharaan, kenderaan dan barang berharga yang tertentu. 

Pengurus Besar dan Ketua Perniagaan Korporat Maxis, Sekar Shanmugam, berkata kerjasama KiddyTrack dan Maxis bertepatan dengan wawasan Maxis adalah untuk membawa masa depan kepada kehidupan dan pelanggan.

“Kami mampu memanfaatkan teknologi yang cekap dan kreatif serta menawarkan satu jenama perkhidmatan pelanggan yang boleh dipercayai,” katanya.

Katanya, Maxis percaya kerjasama dengan KiddyTrack untuk melancarkan penyelesaian pengesan kanak-kanak yang pertama seumpamanya di Malaysia mampu mengurangkan kadar kehilangan kanak-kanak. 

“Kami berharap bahawa penyelesaian yang inovatif ini akan membantu membawa ketenangan fikiran kepada ibu bapa di Malaysia dan memperkayakan hidup mereka dengan kaedah lebih bermakna,” kata Shanmugam.

Pengasas Bersama KiddyTrack, Simon Lim memaklumkan, apabila meneroka perkakasan GPS sedia ada, beliau berpendapat peranti terbabit adalah gabungan teknologi dan komunikasi sebenar yang sempurna kepada keluarga.

“Ia adalah satu peranti yang mana pengguna dapat mengakses dan berinteraksi menggunakan telefon mudah alih mereka. 

Maxis adalah satu-satunya syarikat yang boleh menyediakan kami dengan penyelesaian untuk lokasi berasaskan sel di Malaysia,” katanya.

KiddyTrack mempunyai ketahanan bateri yang menjangkau hingga 80 jam dengan penggunaan dua hingga tiga SMS setiap hari untuk mengesan lokasi.

Penyelesaian M2M Terurus Maxis terdiri daripada perkhidmatan telemetri atau telematik yang menyediakan komunikasi yang lancar antara peranti atau pelayan tanpa wayar melalui SMS, GPRS, 3G atau ‘Circuit Switch Dial-Up’ (CSD) tanpa memerlukan input pengguna. 

Teknologi M2M boleh digunakan secara meluas termasuk berperanan dalam aplikasi ‘near field communication’ (NFC), komunikasi logistik dan pengangkutan, institusi kewangan, keselamatan dan pengawasan, peruncit serta penjagaan kesihatan.


2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!