CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 9 November 2011

Penggodam Warga Malaysia Dipenjara 10 Tahun


Hakim Daerah di Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang warga Malaysia atas kesalahan menggodam US Federal Reserve (Rezab Simpanan Persekutuan) dan bank-bank lain.
Lin Mun Poo mengaku bersalah pada awal tahun ini atas tuduhan menggodam bank negara AS dan juga beberapa lagi institusi kewangan swasta serta mempunyai beberapa keping kad bank yang dicuri dan juga nombor-nombor kad kredit, menurut seorang pegawai.


Dia juga mengaku telah menggodam server komputer rezab persekutuan berkenaan dan telah memasang perisian berbahaya (malware) di server tersebut.
Poo pergi ke AS pada bulan Oktober tahun lalu atas tujuan menjual nombor-nombor kad kredit dan kad bank yang telah dicuri, tetapi pembeli yang berurusan dengannya adalah seorang agen AS yang menyamar, menurut pihak pendakwa.
Apabila ditahan, Poo mempunyai lebih 122,000 kad bank dan nombor-nombor kad kredit yang dicuri.
Jabatan Kehakiman AS berkata, aktiviti-aktivi jenayah siber yang dilakukan Poo juga melibatkan sektor keselamatan negara tersebut, termasuk menggodam sistem komputer kontraktor Pentagon yang mempunyai servis sistem pengurusan bagi semua kenderaan tentera dan juga operasi ketenteraan yang lain.
“Hukuman yang dikenakan hari ini adalah mesej kepada semua penggodam di serata dunia bahawa AS bukanlah tempat mereka,” kata Peguam AS, Loretta Lynch dalam satu kenyataan.

2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!