CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 9 November 2011

Mengemparkan.... Pelajar Malaysia Adrian Jay Pereira Dibunuh

Pelajar Malaysia Adrian Jay Pereira bercita-cita mahu membuka klinik sendiri dan memberi khidmat percuma kepada orang susah terutama anak yatim. Itu cita-cita murni pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia, Adrian Jay Pereira, 22, yang mati akibat ditetak penjenayah di rumah sewanya.


Ibu mangsa, Mary Catherine De Cruz, 52, berkata kini cita-cita anaknya itu tinggal kenangan dan dia sekeluarga masih sukar menerima hakikat kematian anak sulungnya itu. Menurutnya, Adrian anak yang amat baik dan disayangi semua orang serta menjadi sandaran utama untuk mengubah nasib keluarga supaya menjadi lebih baik.



Pelajar perubatan tahun tiga itu maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang pencuri motosikal milik rakannya di kawasan rumahnya di Malang, pada jam 7 malam kelmarin waktu tempatan.



Adrian dijangka tamat pengajian dalam bidang kedoktoran pada 2014.



Dalam kejadian berhampiran rumah sewanya di Jalan Pisang Kipas, Malang, Jawa Timur, pada jam 7 malam kelmarin, Adrian berehat sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah. Selepas meninjau ke luar rumah menerusi jendela, dia melihat seorang lelaki cuba melarikan motosikal. Adrian menyergah lelaki itu dan mengejarnya selepas suspek melarikan diri.




Selepas suspek gagal dijejaki, Adrian berpatah balik ke rumahnya, namun ketika dia membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak suspek yang dipercayai datang semula.




Adrian yang parah di leher maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Jawa Timur.




Sementara itu, Pegawai Protokol Universiti Brawijaya, Gotok Kuritor ketika dihubungi berkata satu majlis pelepasan mayat diadakan Fakulti Kedoktoran untuk menyerahkan secara rasmi mayat Adrian kepada perwakilan Kedutaan Besar Malaysia.



“Mayatnya terlebih dulu disimpan di Lapangan Terbang Juanda pada jam 10.50 malam ini (11.50 malam tadi waktu Malaysia) sebelum tiba di Kuala Lumpur esok (hari ini),” katanya yang menyertai misi penghantaran pulang itu.



Menurut Ludinata, pihaknya kini menguruskan semua urusan dokumentasi dan bapa saudara mendiang berada di Malang membantu menguruskan penghantaran pulang itu. “Kejadian ini kes jenayah sepenuhnya. Semua kos penghantaran pulang ditanggung Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,” katanya.



2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!