Malaysia Menentang Thailand... Malaysia menang dengan jaringan 2-1
Selepas menampilkan rentak hambar ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A, Isnin lalu, skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara kembali menemui sentuhan 'sang juara' apabila membenam musuh tradisi, Thailand 2-1 semalam.
Sasaran Pingat Emas Malaysia
Baddrol meletakkan skuad Harimau Muda di hadapan apabila rembatannya gagal diselamatkan penjaga gol Thailand, Ukrit Wongmeema pada minit ke-25.
Ketika skuad negara ghairah menambah jaringan, Thailand pula berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Natarid Thammroddodpon pada minit ke-76.
Izzaq Faris Ramlan muncul wira Harimau Muda apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-85.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan