Sukan SEA 2011 Indonesia......
Kontinjen Sukan SEA 2011 Malaysia |
KONTINJEN Malaysia meletakkan sasaran sebanyak 40 hingga 45 pingat emas pada edisi ke-26 temasya Sukan SEA 2011.
“Sasaran kita kekal seperti mana yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu sebanyak 40 hingga 45 pingat emas.
“Meskipun banyak acara yang dipertandingkan, seperti dalam edisi sebelum ini, kelebihan berpihak kepada tuan rumah dan mereka akan memperkenalkan banyak sukan yang dianggap memihak kepada mereka.
“Terdapat banyak acara sukan yang secara tradisinya kita adalah pasukan yang kuat seperti hoki, skuasy dan boling padang tidak dipertandingkan.
Pada edisi kali ini, Malaysia menghantar sebanyak 872 anggota kontinjen yang terdiri daripada 608 atlet, masing-masing 373 lelaki dan 235 wanita.
Shabery turut menyuarakan harapannya supaya pasukan bola sepak mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu kerana sukan itu semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Antara acara sukan menjadi sandaran pingat emas adalah terjun dengan enam pingat emas, renang (4), renang berirama (3), ba- sikal trek (5), memanah (4), olahraga (4), menembak (3) dan tenpin boling (3).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan