CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 13 Oktober 2011

Panduan Sewa Kereta Ketika Melancong.

MELANCONG sememangnya cukup menyeronokkan jika segala yang dirancang terlaksana dan tidak ada sebarang masalah yang timbul sepanjang bercuti.

Ketika melancong, menyewa kereta sewa dan juga pemandu pelancong adalah salah satu perkara penting yang dititikberatkan bagi yang mahu menggunakan perkhidmatan itu. 



Ia ada kalanya agak bahaya sedikit kerana anda akan mudah tertipu dengan sewa yang diberikan oleh ejen yang mahu mengaut keuntungan. 

Justeru itu, sebelum bercuti dan keputusan untuk menyewa kereta sewa dan pemandu pelancong, adalah sebaiknya anda mencari maklumat di Internet terlebih dahulu.




Tip dan panduan sewa kereta murah dan selamat : 


  • Pilihlah kereta yang bersesuaian dengan keselesaan anda serta kosnya tidak terlalu mahal seperti kereta Myvi, Viva dan Saga. 


  • Harga yang ditawarkan sememangnya berlainan. Justeru, dengan adanya maklumat yang anda ada, anda boleh membuat perbandingan harga. Ia bukan saja dapat mengelak anda ditipu, tetapi juga memberi keuntungan serta menjimatkan bajet percutian anda. 


  • Jika kereta sewa itu disertakan dengan pemandu pelancong, pastikan harga yang diberikan murah dan berbaloi dengan wang yang akan anda keluarkan. Jika ia terlalu mahal, adalah lebih baik anda memandu sendiri kerana ia bukan saja dapat mengurangkan harga, tetapi anda bebas untuk ke mana saja selain tidak perlu mengikut jadual oleh si pemandu pelancong. 


  • Untuk mengelak daripada ditipu atau sebarang masalah jenayah berkaitan kereta yang disewa, pastikan syarikat sewa itu adalah sah dan berdaftar. Jangan menyewa kereta tanpa mengetahui syarikat itu berdaftar kerana takut nanti anda ditipu atau termasuk perangkap. 

    Seperti contoh, kereta yang anda sewa dicuri dan anda terpaksa ganti kereta yang hilang itu padahal ia hanyalah salah satu muslihat syarikat itu untuk mencari keuntungan. 


  • Untuk tidak menyusahkan diri, pastikan kereta yang anda sewa itu dalam keadaan baik serta tidak rosak ataupun kereta buruk.



  • p/s Beringat sebelum kena, nanti menyesal kemudian tidak berguna.

    5 ulasan:

    Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!