CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 14 September 2011

Touch n' Go Percuma

Tebus resit tol dapat Touch n' Go percuma


Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) kini berpeluang memiliki Kad Peringatan Latar-Touch n' Go berserta nilai tambah percuma dengan cara mengumpul resit tol lebuh raya itu.

Dengan menebus 30 resit, pengguna layak menerima satu kad dengan nilai tambah RM5 manakala untuk 60 resit akan mendapat nilai tambah RM30.
Pengerusi Kuala Lumpur-Kuala Selangor Express- way Bhd. (KLSEB), Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, tawaran itu adalah bersempena pembukaan lebuh raya tersebut pada 23 Jun lalu selain mempromosi penggunaan kad Touch n' Go.
Menurutnya, kad berkenaan boleh ditebus di dua kaunter perkhidmatan pelanggan di Plaza Tol Kuang Timur dan Kuang Barat.
"Kad peringatan ini mempunyai empat jenis corak gambar berbeza dan setiap pengguna hanya layak menebus satu kad," katanya pada majlis pelancaran Kad Peringatan Latar-Touch n' Go di sini semalam.
Pada majlis tersebut, KLSEB turut menandatangani perjanjian dengan pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n' Go Sdn. Bhd. (TNGSB) bagi pelaksanaan sistem tol elektronik di lebuh raya berkenaan.
TNGSB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Karim Md. Lassim.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir memberitahu, kira-kira dua juta pengguna telah menggunakan lebuh raya itu dengan purata 30,000 kenderaan sehari.

2 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!